Rabu, Mac 26, 2014

Kek Oren (Orange Cake)



Salam semua, hari ini teringatkan butter yang masih lagi ada lagi didalam peti sejuk tu, dalam fikiran, teringin nak membuat Kek Sarang Semut, tengok resipi, hmmm... tak cukup bahan, so terpandanglah buah oren yang banyak dan perlu dihabiskan, akhirnya dibuatkan kek Oren ni..lama juga tak buat Kek Oren.. Kek yang evergreen jugalah.. tak akan jemu jika membuatnya sekali sekala..

Perbezaan yang dibuat disini adalah dengan tambahan isi dan kulit oren yang disagat, telah dimasukan ke dalam kek ini. Jadi semasa memakanya dapatlah kita rasakan buah buah oren yang ada didalamnya.


Bahan Bahan:
250g Buttercup
3/4 cawan gula kastor
4 biji telur grade A
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil jus oren
1 sudu kecil esen vanila
Parutan kulit dari sebiji oren
1/2 cawan isi  oren
Sedikit garam

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah C, sapukan acuan dengan butter dan sedikit taburan tepung di sekelilingnya.
2. Putarkan butter dan gula hingga kembang didalam "cake Mixer"
3. Masukan telur satu persatu dengan putaran perlahan hingga habis.
4. Masukan esen vanila, jus oren dan sedikit garam.
5. Ayak tepung bersama baking powder.
6. Sagat kulit oren pada tepung yang sudah diayak, kacau rata.
7. Masukan tepung kedalam adunan, sedikit demi sedikit hingga sebati.
8. Masukan isi oren, kacau rata dan tuangkan ke dalam acuan. Tambahkan sedikit kulit oren yang disagat keatas adunan.
9. Bakar selama 30-35 minit hingga kekuningan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan