Khamis, Mac 06, 2014

Masalavadai

Assalamualaikum semua..  hari ini berkeinginan memakan sesuatu yang pedas pula.. begitulah hakikatnya, kejap nak manis, kejap nak pedas, kejap nak masam, yang pahit jarang pula hendak memakannya.. kalau nak diikutkan yang pahit itu adalah ubat.. tapi mana ada makanan yang pahit yang perlu dimakan selalukan?  bercakap pasal makan makan ni, teringatkan mak mentua.. hmm very particular person.. kalau nak buat sesuatu dia hendakkan perfection.. dan dari situlah saya belajar untuk menjadi seorang yang menjaga kualiti makanan.. tak saperti emak sendiri, manja gitu.. kalau masa anak dara, hanya akan tolong tolong emak potong memotong dan goreng goreng yang senang senang saja.. jangan kata tak tolong tau.. masih rajin sebagai anak dara.. 

                     

Kalau hendak diikutkan, kelebihan saya adalah lebih pada mengemas dan suka akan kebersihan dan susun atur perabut dari memasak.. kenapa!!!! kerana tak suka mengasarkan jari jemari ku.. ialah konon... dah kawin.. ambik kau!!, sampai kena buat apa yang tak pernah buat... hmmm.. dah tua tua begini, barulah nak jadi perfect mother dan mother in law gitu.. eeehh eeeeh... kena juga jadi contoh menantu.. (bukan peghasan) tetapi bila sudah mencapai umur sebegini, setiap orang pun akan merasakan bahawa inilah masa untuk menjadi lebih baik dari semalam.. dan seharusnya kita melihatkan keadaan kita dahulu dan sekarang.. kalau berubah tu Alhamdulilah... tak siapapun akan pertikaikan... so anak anak dara diluar sana, pandai pandailah jaga diri... satu nasihat sebagai seorang ibu.

Berbalik pada masalavadai ini... jangan cari masaalah pula.. nanti kena badai pula.. senang saja hendak membuatnya.. malah sambil beronline pun boleh siap vadai ini.. bangun pagi rendam kacang dal, biarkan selama 45 minit or lebih kemudian dikisar dan dicampurkan dengan hirisan bawang besar, cili merah/hijau, daun kari, serbuk kari dan jintan halus tak lupa garam dan serbuk perasa.. tepek tepek goreng..... haaaa.... kalau buat untuk mak mentua.. siap lah.. semakin sayanglah dia pada kau orang gitu....

Bahan Bahan
1-2 Australia dall
1 labu bawang besar
1 cili merah/kering
1 cili hijau
1 inci halia
1 batang daun kari
sedikit daun bawang
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil serbuk daun kari (cap ayam)
garam dan serbuk perasan

1. Rendamkan dall selama 45 minit atau lebih.
2. Masukan dall kedalam blender dengan air, sama parasnya, kisar hingga lumat tetapi tidak terlalu halus.
3. Hiris bawang besar, cili merah, cili hijau, halia, daun kari, daun bawang (anggarkan banyaknya).
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan masukan bahan hirisan dan serbuk perasa/garam/serbuk kari, kacau hingga sebati.
5. Panaskan minyak (yang boleh melitupi vadai), kepal adunan kedalam sudu sup dan larutkan kedalam minyak yang sudah panas, goreng hingga garing dikedua dua belahnya, angkat dan toskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan