Salam semua.. Anda pasti sudah biasa dengan kueh sagu kan!! kebiasaannya kueh ini begitu popular kalau berwarna merah.. Apa kata, kita buat kan warna koko atau cokelat pulak hari ini. Caranya hanyalah pada olahan semasa membuatkan air gula sahaja. Sagu yang banyak terjual juga ada yang berwarna merah dan hijau dan ada pula yang biasa berwarna putih. Hari ini bila dah terpandangkan gula kabung yang dibeli dahulu masih banyak lagi, dan terpandang pula sagu yang berwarna putih yang masih elok disimpan dibuatkan lah sagu kelapa begini.
Kueh sagu seharusnya dibaluti dengan kelapa parut. Apabila disaluti ia seakan akan kueh kaswi pula. Membuat kueh yang mudah ini tidak memerlukan masa yang panjang pun, senang dan sedap untuk dimakan ketika cuaca begitu panas dan haruslah ia di sejukan dahulu didalam peti sejuk sebelum menghidangkan nya bersama kelapa parut gitu. Ada kala kita agak kecewa dengan kueh kueh yang dijual terutama kueh ini kerana ada yang membuatnya dengan sukatan yang agak keras dan saya rasakan ia lebih elok dimasak dengan sukatan air yang mudah. Iaitu satu cawan sagu bersamaan 3 cawan air. Sagu hendaklah dibasahkan dulu, supaya ia kembang sebelum memasukan ke dalam air gula. Cara yang terbaik ialah dengan meletakan sagu didalam tapis, kemudian di basahkan dengan aliran air paip dan diketepikan, setelah air gula mendidih barulah dimasukan sagu. Setelah sagu dimasukan ia haruslah dikacau hingga kental dan pekat. Elok dibiarkan sedikit warna putih tetapi masih kembang diluaran untuk mendapatkan tekstur kueh sagu tersebut. Elok disejukan kedalam peti sejuk untuk mudah memotongnya.
Bahan Bahan
1 cawan sagu putih
3 cawan air
1 cawan gula merah/kabung/melaka
2-3 sudu besar gula
2 helai daun pandan (disimpul)
1 cawan kelapa parut (digaulkan dengan sedikit garam)
1. Didihkan 3 cawan air didalam periuk kecil.
2. Masukan daun pandan, gula merah dan gula putih, masak hingga mendidih.
3. Basahkan sagu yang diletakan kedalam penapis dan biarkan sebentar.
4. Apabila air gula mendidih, masukan sagu, kacau tanpa henti hingga pekat dan kental.
5. Tuangkan bancuhan tadi kedalam bekas leper yang sesuai. Sejukan didalam peti sejuk.
6. Hidangkan bersama kelapa parut.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan