Ahad, April 13, 2014

Apabila saya menjadi food blogger


Apabila saya menjadi blogger...  hmmm... sudah lebih tiga tahun menjadi blogger, seronok juga, apabila masa lapang diisi dengan memasak, mengambil gambar, kemudian menuliskan apa yang sudah saya masak.. hingga selepas masak, harus diingatkan kembali bahan bahan, ada kala kertas nota menjadi salah satu bahan yang diperlukan didapur, termasuk telefon dan kamera.. hingga masa yang diambil untuk memasak lebih lama dari biasa.  Ada kala letih hingga tak terkata... begitulah.

Iphone, facebook telah mengubah hidup saya.. Daripada keseronokan mengambil gambar, kemudian mencuba pelbagai apps. dan terus menulis resepi. Permulaannya agak memalukan kerana bermula dengan berblog di "Ourlittlekitchen.net" , bahasa dan gaya tidak menepati cara penyampaian yang sebenar.. namun masih belajar dari kesilapan yang lalu dan masih cuba memperbaiki diri dari segi penulisan dan penyampaian.

Tiada niat untuk menjadi popular tetapi sekadar hanya berkongsi resepi sahaja kerana dahulu saya bukanlah ahli dalam soal masak memasak ini.. Setelah berhenti dari kerjaya dan sibuk menguruskan rumah tangga dan anak anak, masa kini terluang kerana anak anak sudah besar dan ada yang mengikut haluan sendiri setelah berkahwin. Sebagai seorang isteri dan ibu, pasti tidak dapat lari dari dunia masakan, jadi ia menjadi satu keadaan dimana setiap masakan dicuba, diolah dan dinikmati dengan kaum keluarga menjadi pengkritik hebat dari hasil tangan sendiri.. 

Bermula dengan blog 'Our little kitchen' dimana resepi nya sudah melebihi 400 resepi tidak termasuk pada blog 'Masak Makan' terasa pula.. apa nak buat dengan resepi berkenaan, jadi timbullah idea untuk membuat buku. Syukur Alhamdulillah dengan bimbingan anak anak dan suami, dengan kecekapan anak anak yang bijak dalam bidang IT, maka terhasil buku 'online' diatas. So pada sesiapa yang inginkan buku online ini, boleh saja 'download' pada komputer sendiri.

Bercakap pasal soal masak memasak ini, pasti yang diluar sana itu, lebih hebat dan tujuan saya berblog hanyalah sekadar hobi.. Kini saya mempunyai dua blog masakan satu dinamakan 'Masak Makan' didalam bahasa sendiri dan satu lagi 'Our little Kitchen' tu.. 

So.. terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang telah sudi berkongsi resepi yang saya muatkan. Semoga ia dapat jua memberi manafaat kepada mereka yang ingin mencuba...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...