Jumaat, April 25, 2014

Kueh Bakar


                

Salam semua.. pagi tadi sempat jua membuat kueh bakar ni. Bila dah petang begini baru senang nak potong untuk hidangan petang bersama Teh O gitu..  pagi, petang, siang malam, kalau dah tak puasa tu kerjanya makanlah.. tapi tak lah makan sampai lupa nak berhenti mengunyah.. makan ikut waktu gitu..

Bercakap tentang kueh bakar ini, kalau nak dibezakan dengan bingka pandan, adalah lebih kurang je rasa nya kan.. cara cara membuatnya pun adalah sama adunannya. tinggal ia dibakar didalam acuan cermai dan ditaburkan bijan diatasnya. Kali ini membuatnya adalah didalam duan jenis acuan, satu acuan cermai dan satu lagi acuan 'luv' ini.. asalnya acuan cermai tu kecil saja saiznya jadi dengan lebihannya dimasukan saja kedalam acuan ini.. janganlah tanya pula, mana pergi acuan cermai punya kueh tu.. sebab dah kena ngap pagi tadi sewaktu sarapan pagi.. jadi petangnya dimakan lah pula yang ini...

Bahan Bahan

500 ml santan
2 biji telur
3/4 cawan gula
2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan jus pandan
1/2 sudu pewarna hijau
1/2 cawan bijan
sedikit garam
sedikit minyak untuk sapuan

1. Panaskan oven pada suhu 200 darjah C dan sapukan acuan dengan sedikit minyak/butter dan taburkan dengan sedikit tepung.

2. Kisarkan telur, gula, jus pandan, sedikit garam dan santan didalam blender hingga sebati.

3. Masukan tepung, kisar hingga sebati dan masukan pewarna hijau, kisar lagi untuk mendapatkan warna yang sesuai.

4. Tuangkan adunan ke dalam acuan, taburkan bijan diatanya dan bakar selama 30-35 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan