Rabu, April 02, 2014

Kueh Keria




Salam semua..  Hari ini berpagian dengan membuat cucur keria ini.. Memang lama sungguh tak membuatnya..  bukan apa kueh kueh begini tentu budak budak yang lebih mengemarinya.. Toksahlah kata budak budak, mak budak, pak budak, tok budak pun suka juga kan! Tapi janganlah makan sampai gila gila gitu!! Gula ..gula .. tau!! Nanti kena diabetis sape yang susah! Shekali ... Shekala tu makan takpelah kut...

Membuat kueh ini kena pandai teknik menyira gula tu.. kalau tidak.. Tak menjadi pula.. Mak budak yang buat ni pun pernah fail juga!  So tips untuk menyira gula ialah dengan 1 cawan gula yang dimasak dengan 1/2 cawan air, didihkan hingga pekat dan bertali, baru masukan kueh yang telah digoreng terlebih dahulu.

Untuk mendapatkan tekstur kueh yang lembut, setelah ubi keledek direbus masukan tepung sedikit sedikit sahaja, kemudian diuli hingga ia tidak melekat. Gulung memanjang anggaran dua inci, potong potong dan tekankan jari kelingking ditengahnya, bulat bulatkan. Goreng hingga kekuningan. Senjangkan...


Bahan Bahan
1 biji keledek (bersaiz besar)
1/4 sudu kecil garam
2-3 cawan air
1 cawan tepung gandum (anggaran)
1 cawan gula
1/2 cawan air


1. Rebus keledek dengan air (sama paras), sedikit garam hingga empuk dan lembut
2. Keluarkan keledek, lenyekan dengan menggunakan garpu atau whisk hingga hancur atau             adunkan saja dalam periuk dengan campuran tepung untuk diuli, tambah sedikit sedikit hingga       adunan tidak melekat (tambahkan tepung jika perlu untuk mengadunnya).
3. Gulungkan doh bulat dan memanjang anggaran 2 inci diameter, potong sebanyak mungkin           anggaran 1/2 inci hingga habis.
4.  Tekankan jari kelingking ditengah dan bulatkan. (buat hingga habis). 
5.  Goreng dengan minyak yang mampu menutupi kueh hingga kekuningan, angkat dan toskan. 
6. Masakan gula dan air, renih kan hingga pekat dan bertali, masukan kueh tadi dan kacau hingga ia menjadi kristal.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan