Ahad, April 06, 2014

Sambal Sotong Daun Limau


Salam semua, hari isnin dengan masak makan .. anda tentu suka makan sotong basah yang besar ini kan!! tujuan membeli sotong ini adalah untuk membuat sup sotong, hmmm.. bila dah balik rumah terlupalah pula hendak membeli daun sup dan daun bawang.. jadi sebahagian sotong ini dijadikan sambal tumis  berperisa daun limau perut gitu... saja nak menambahkan selera ketika makan dengan nasi yang panas... So menu hari ini ialah ikan selar kuning masak lemak, ikan goreng dan sambal sotong.. sayur hanyalah salad yang biasa biasa aje.


Selalunya memasak sambal tumis, jarang sekali saya menggunakan belacan, jadi terpulanglah pada citarasa anda untuk menambahkan belacan atau tidak.. malah membuatnya dengan mudah pun cukup untuk mendapatkan rasa bila cukup asam garamnya. Sotong dipotong halus memanjang gitu.. cukuplah untuk seorang dua yang memakannyaa.

Bahan Bahan
1 ekor sotong basah (dipotong halus)
1 ulas bawang besar (dihiris)
2-3 sudu besar cili giling/kisar
2 -3 sudu besar air asam jawa
1/2 cawan air
1 helai daun limau perut (dihiris)
3 sudu besar santan kotak
3 sudu besar minyak
garam dan gula sebagai perasa

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
2. Tumis bawang besar hingga terbit bau.
3. Masukan cili boh, air asam jawa, renih hingga pekat.
4. Masukan santan, garam, gula dan daun limau perut, renih hingga terbit minyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan