Ahad, Mei 25, 2014

Kueh Keria



Salam semua..  Hari Masak Makan menyediakan Kueh Keria yang menjadi All Time favourite untuk semua.  Tak kiralah orang tua, anak anak apa lagi, tentu suka kueh yang bergula dan manis ni.

Berbeza dengan Donut, dirasakan kueh begini lebih banyak khasiat kerana mengandungi ubi keledek yang berwarna oren yang mempunyai banyak khasiatnya.

Menyediakannya memang mudah, selepas ubi direbus dengan sedikit garam, ianya di lenyek hingga hancur sebelum menambahkan tepung untuk diuli.  Dibulatkan kecil kecil, kemudian dengan menggunakan satu jari ditekankan pada tengah doh yang telah dibulatkan dan dileperkan. Penambahan tepung haruslah mengikut kadar yang sesuai supaya ia tidak terlalu banyak rasa tepung dari ubinya, jadi tambahkan  tepung pada ubi  sedikit sedikit hingga ia tidak melekat. Setelah digoreng hingga kekuningan, disejukan sebentar untuk menyediakan pula gulanya.. Teknik membuat gula adalah gula dicampurkan dengan sedikit air, dibiarkan mendidih seketika hingga adunan menjadi pekat dan bertali. Kueh yang telah digoreng, dimasukan, dikacau tanpa henti hingga gula menjadi kering dan berkristal.

Bahan Bahan
2 ketul ubi keledek (berwarna oren)
1 sudu kecil garam
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan air

1.  Rebus ubi keledek hingga lembut, ketepikan dalam satu mangkuk dan lenyekan hingga hancur.
2.  Tambahkan tepung gandum sedikit sedikit, uli perlahan hingga doh tidak melekat.
3.  Cubit, bentukan doh menjadi bulat, leperkan dan tekankan tengahnya untuk dilubangkan.
4.  Goreng hingga kekuningan dan ketepikan.
5.  Masukan gula dan air pada kuali yang bersih, didihkan hingga pekat dan bertali.
6.  Masukan kueh yang digoreng, kacau tanpa henti hingga gula menjadi berkristal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan