Isnin, Mei 19, 2014

Nasi Goreng Ikan Bilis


Salam semua.. hari ini berpagian dengan nasi goreng ikan bilis dari nasi yang banyak berlebihan semalam.  Nasi goreng memang mengenyangkan!  Tahu tahulah rakyat Malaysia, kalau dah biasa dengan nasi pasti ia tetap menjadi pilihan.. kena sepinggan kenyang kau!!  bolehlah buat kerja lain.. bahagia seketika.

Terkadang kita agak kecewa dengan cara masakan yang dijual di kedai atau warung kerana nasi goreng yang dihidangkan seolah olah disediakan sambil lewa jea.. Untuk mendapatkan nasi goreng yang benar benar mengikuti citarasa saya lah... kan.. saya suka ia dimasak dengan agak lama kerana nasi tidak akan berasa kembang gitu.. Tips untuk mendapatkan nasi goreng yang benar benar sedap adalah selepas mencampurkan semua bahan yang ditumis elok dibiarkan dengan api yang perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga ia mengeluarkan wap.  Terpulang pada citarasa nasi goreng tetapi kalau dilakukan cara begini adalah lebih sedap. Kalu dah tak sabar pulak, haaa.. masakan saja atas api yang kuat dan kacau tanpa henti hingga stim gitu..

Bahan Bahan
2 cawan nasi semalaman (digaul dahulu sebelum digoreng)
1/2 cawan ikan bilis
1 biji telur
2 sudu besar cili boh
1 labu bawang besar atau 3-4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih (ketuk)
1 cili merah (dihiris halus)
1 batang daun saderi (dihiris halus)
1 batang daun bawang (dihiris halus)
1 - 2 sudu besar kicap lemak manis
garam dan serbuk perasa
1/4 cawan minyak

1. Panaskan kuali yang besar/wok, dengan minyak hingga benar panas.
2. Goreng ikan bilis hingga setengah masak. (boleh diketepikan jika mahu- tetapi harus garing)
3. Masukan bawang  merah, bawang putih dan cili kacau bersama ikan bilis.
4. Masukan cili boh, kacau rata hingga terbit minyak.
5. Masukan garam, serbuk perasa dan kicap, kacau rata.
6. Masukan telur biakan sebentar, kacau rata.
7. Masukan nasi kacau rata, kacau diatas api yang perlahan hingga benar benar berwap.
8. Masukan daun sader dan dan bawang, kacau rata sebelum menutup api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan