Isnin, Mei 26, 2014

Nasi Tomato


Hidangan untuk tengah hari pada hari ini, setelah sekian lama, baru hari ini kerajianan memasak Nasi Tomato.. entah apa mood hari ini pun tak tahu, yang pasti selagi masak selagi itulah yang dimakan. Makanan begini jarang disediakan selalu tetapi kalau disediakan sebulan atau dua minggu sekali, tentu enjoy kan.. 


Banyak resepi Nasi Tomato yang di perhatikan, ada yang suka warnanya garang dan ada warna nasi itu sendiri dengan warna yang bersahaja gitu.. Mungkin citarasa masing masing terlalu berbeza dari segi yang digemari.. Bagi Masak Makan warna Nasi warna yang disukai adalah tidak terlalu merah, dan ia bersesuaian dengan banyak mana pes tomato yang dicampurkan pada nasi yang hendak dimasak. Cara yang disediakan disini adalah lagi satu cara memasak nasi dimana dimasakan airnya dahulu bersama susu cair dan daun pandan hingga mendidih, baharulah dituangkan tumisan pes tomato kedalam periuk nasi. Beras direndam lebih kurang 30 minit berasingan dan apabila tumisan dikacau dan mendidih baharulah memasukan beras dan dibiarkan ia dimasak sendiri.


Kebiasaan Nasi Tomato, selalunya dihidangkan bersama Ayam/Daging masak merah, barulah ngam.. katakan!!.. dan salad sampingan adalah kerabu timun nenas bersama kuah kacang. Untuk resepi Ayam Masak masak merah ini boleh didapati dibawah.

Bahan Bahan untuk Nasi Tomato
2 cawan beras Basmathi (direndam selama 30-45 minit atau lebih)
3 cawan air
3 cawan susu cair
2 helai daun pandan
sedikit garam
1/2 cawan daun pudina
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan gajus
1/2 cawan kismis
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar pes tomato (dari dalam tin)
1 labu bawang besar (dadu)
1/2 inci halia (disagat/tumbuk)
3 ulas bawang putih (disagat/tumbuk bersama halia)
Rempah Serangkai : 3 ulas - bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, 1 inci kayu manis

1. Masukan air, susu, daun pandan dan sedikit garam kedalam periuk nasi dan didihkan.
2. Panaskan kuali dengan minyak sapi, tumis bawang besar, bawang putih, halia bersama rempah serangkai hingga terbit bau.
3. Masukan pes tomato, kacau hingga terbit minyak.
4. Apabila air dan susu sudah mendidih, tuangkan tumisan dan kacau rata.
5. Masukan beras basmathi, tutup dan biarkan ia dimasak sendiri.
6. Apabila sudah masak, taburkan bawang goreng, pudina, kismis dan gajus (boleh jua ditaburkan semasa menghidangnya.)



1 ulasan: