Khamis, Mei 08, 2014

Sausage Goreng Berempah

Salam semua... Semoga hari ini hari yang barakah untuk semua yang mengunjungi Blog Masak Makan ni.. Hari hari kita kena masak, hari hari kita kena makan kan.. Seronok juga bila berblog bila dapat berkongsi resepi bersama.. Suka juga diberitahu kepada semua, kepada yang memberi sokongan kepada blog ini boleh juga 'like' FB - Dari Dapur Azie & Akmar, atau boleh saja menjadi member pada blog Masak Makan Ni.. Dengan cara begini anda tentu menghargai usaha saya selama ini..

                                                 

Mengenai resepi hari ini, adalah yang mudah mudah saja, tetapi masih boleh mendapat impak kepada anak anak yang suka makan sausage atau chicken franks yang digoreng berempah dan tidak terlalu pedas ni..  Sesuai dijadikan lauk tambahan selain dari hidangan utama atau sesuai juga dimakan bersama roti. 

Capuran rempah ratus saperti kunyit, lada hitam, serbuk jintan manis, jintan putih garam yang digaulkan atau di perap bersama sausage ini sebelum digoreng dengan minyak dan ditambahkan hirisan bawang, cili hijau dan daun kari.. Kalau suka boleh ditambahkan cili merah dan tomato.. Tetapi disediakan rengkas sahaja hari ini.

                                              
Bahan bahan
10 keping sausage atau chicken franks (dipotong serong)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
2 tangkai daun kari (dilurut)
2 cili hijau (hiris kasar)
1 limau nipis (untuk perahan)
3-4 sudu besar minyak sapi/minyak masak

Bahan bahan perapan
1 sudu besar rempah kari ayam Babas
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan halus
1 sudu kecil lada hitam
Garam dan serbuk perasa

1. Satukan sausage dengan semua bahan perapan, gaul hingga sebat dan biarkan selama 10 minit.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, goreng bahan yang diperap tadi, kacau rata hingga hampir garing.
3. Masukan hirisan bawang, cili, dan daun kari, kacau rata dan terus hidangkan dengan perahan limau nipis.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...