Rabu, Oktober 15, 2014

Kek Cokelat


Salam semua..  Satu lagi hidangan pada hari raya Aidil Adha yang sempat dimuatkan pada blog ini. Chocolate Cake yang dihiasi dengan Chocolate Van Houten diatasnya, yang bestnya bila dah buat kek begini, hiasan cokelat yang diatas itu, tiba tiba hilang satu persatu walaupun kek masih berbaki.. hmmm.. tak usah kata anak anak, bapak budak pun tompang sekaki.  Sedap dimakan setelah disejukan kerana anda akan mendapati krim nya tidak berlengas dan senang dimakan. Lama juga tak buat kek cokelat jadi tetiba bila pergi marketing ternampaklah pula Van Houten tu, maka terbelilah MM dan terus mendapat idea untuk menghiaskan diatas kek ini.. Kalau penuh lebih bagus.. tak ape lain kali kut boleh membuat nya sekali lagi.


Untuk kek ini, campuran serbuk koko tidaklah terlalu gelap warnanya kerana saja dilakukan sebegitu untuk mendapatkan hasil warna cokelat yang berpadanan.  Kek ini disaluti dengan koko butter cream.  Cadangnya hendak membuat dwi lapisan tetapi masa tidak mengizinkan jadi tinggalah satu lapisan sahaja.. oklah tu untuk makan dengan ahli keluarga..

Bahan untuk Kek
250gm Buttercup
5 biji telur
3/4 cawan gulas halus
2 cawan tepung kek (superfine)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil vanilla
1/4 cawan susu segar
1/2 sudu garam
3/4 cawan serbuk koko

Bahan untuk icing
250gm buttercup
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kaster
1 sudu kecil vanilla
3 paket cokelat Van houten

1.  Panaskan oven pada suhu 180 darjah C, sediakan lapikan tin pembakar dengan kertas yang disapukan butter dan sedikit taburan tepung.

2.  Pukul butter dan gula (dalam mixer) hingga kembang.

3.  Masukan telur satu persatu hingga habis.

4.  Masukan esen vanilla, susu dan garam, putar sebati.

5.  Ayak tepung bersama serbuk koko, dan baking powder.

6.  Masukan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar seketika.

7.  Tuangkan kedalam acuan dan bakar selama 25-30 minit dan biarkan seketika.

8.  Untuk icingnya, pukul butter dan gula hingga kembang, masukan serbuk koko dan esen vanilla dan putar hingga sebati.

9.  Salutkan kek dengan butter cream hingga menutupi keseluruhanya dan hiaskan dengan cokelat van houten.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan