Selasa, Oktober 14, 2014

Nasi Kabsa

Salam semua, lama dah tak update blog ni.. bukan apa, kebelakangan ini agak terlalu sibuk dengan peristiwa disekeliling.. Begitulah kehidupan, apapun masak tetap masak bila  terasa berkeinginan.


Kali ini Masak Makan meng'update'kan (wahhh!! bahasa sendiri) satu masakan timur tengah yang begitu senang disediakan. Bermula dengan terjumpanya kedai 'grocery' orang Palestine yang menjual berbagai jenis rempah ratus mereka, Masak Makan terbelilah rempah 'Kabsa' ini.. Melihatkan pada kotaknya berkenaan cara memasak nasi ini begitu mudah sekali.. Tak payah nak kupas bawang pun boleh dimasak begitu saja.. Malah dirasakan oleh juga dijadkan menu semasa mengembara kerana apa? kerana ia dimasak dengan merebuskan sahaja rempahnya bersama ayam kemudian diambilkan airnya untuk memasak nasi saperti juga menyediakan Nasi Ayam gitu..



Bermula dengan merebus ayam hingga mendidih, kemudian dicampurkan dengan rempahnya dan terus dibiarkan hingga ayam menjadi lembut dan dari air rebusan ayam dituangkan sahaja pada beras yang disukat dan ditanak kedalam periuk elektrik.  Untuk menambahkan kewangian pada nasi ini boleh saja ditambahkan daun pandan atau daun bay semasa memasaknya. Apabila nasi sudah masak, taburkan sahaja sedikit kismis dan daun bawang atau daun ketumbar untuk mengharumkan lagi.

Baki pada air rebusan ayam, jika didapati berkurangan tambahkan sahaja air dan rempahnya dididihkan hingga kuah menjadi pekat.. sebelum itu elok juga ditambah dengan kacang kuda yang telah direndam semalaman atau kacang kuda yang telah siap ditinkan dengan ini boleh menjadi tambahan pada hidangan ini.  Sedap dimakan bersama salad timun dan nenas sebagai sampingan.

Bahan Bahan
2 cawan beras Basmathi (direndam selama setengah jam)
6 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar rempah Kabsa
2 helai daun bay/pandan
6-8 ketul potongan ayam
1 cawan kacang kuda (direndam/siap dari tin)
1/2 cawan kismis
1 tangkai daun bawang/ketumbur (dihiris halus)
5-6 cawan air (untuk rebusan ayam)
2 ulas bawang putih (diketuk) - ini MM tambah
garam secukupnya

1.  Basuh beras Basmathi dan rendam seketika.
2.  Masukan ketulan ayam kedalam periuk yang sesuai dengan air dan rebus hingga mendidih.
3.  Masukan rempah Kabsa dengan bawang putih, kacau sebati hingga benar benar mendidih.
4.  Buangkan air rendaman beras Basmathi, masukan kedalam periuk nasi (elektrik), tuangkan air rebusan dengan sukatan yang sesuai dan masukan susu.
5.  Masukan daun bay/pandan, garam secukupnya dan biarkan hingga masak, taburkan kismis dan daun ketumbar.
6.  Terus merebus ayam dan kacang kuda hingga benar benar lembut dan masukan tomato, didih seketika dan matikan api. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan