Salam Maal hijrah semua.. tahun baru buat semua umat islam. Alhamdulilah sempat lagi kita melangkah ketahun1436. Bila dikenang kembali masa terdahulu tentu kita harus mempunyai alasan untuk berubah daripada baik kepada yang lebih baik, memandangkan jalan kehadapan adalah jalan menuju kesana,
Hari ini MM nak updatekan resepi pie yang dibuat dua hari dulu.. baru terasa hendak membuatnya.. hai.. nak menaip blog pun kena ada mood dahulu, kalau tidak tak tahu apa yang hendak dituliskan..
Pagi tu cadangnya nak membuat karipap sahaja, entah mood apa pula bertukar dari karipap menjadi pie. Reason nombor satu, nak jimat masa, nombor dua mood dah hilang.. bila dibuat begini kan senang.. excuse lah tu! Yang bestnya menjadi pulak dari doh minyak panas tu. Sape kata membuat pie kena ikut method method yang tertentu... ewahh .. bila menjadi tentu kita sukakan.. bagi intinya pula adalah inti biasa, iaitu kentang dan ayam. So yang malas nak menggentel karipap tu.. buat saja sebegini.
fahamlah maksudnyakan.. there is no turning back, there is no time, so make the time to do whatever good yang boleh kita lakukan selagi hayat masih ada semoga kita tidak hanyut dengan terlalu keduniaan. Balance life is preferable.. kesederhanaan dalam apa jua dilakukan, dengan cara begitu dapat menenangkan segala langkah yang dilalui.
Pagi tu cadangnya nak membuat karipap sahaja, entah mood apa pula bertukar dari karipap menjadi pie. Reason nombor satu, nak jimat masa, nombor dua mood dah hilang.. bila dibuat begini kan senang.. excuse lah tu! Yang bestnya menjadi pulak dari doh minyak panas tu. Sape kata membuat pie kena ikut method method yang tertentu... ewahh .. bila menjadi tentu kita sukakan.. bagi intinya pula adalah inti biasa, iaitu kentang dan ayam. So yang malas nak menggentel karipap tu.. buat saja sebegini.
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak sayuran
1 cawan air sejuk (anggaran)
Sedikit garam
1. Masukan minyak kedalam kuali dan panaskan selama beberapa minit.
2. Ayak tepung bersama garam, tuangkan minyak panas kedalam adunan tepung.
3. Kacau dan kaup dengan menggunakan sudu sebelum diuli dengan tangan.
4. Masukan air sedikit sedikit, uli hingga doh tidak melekat (tambahkan tepung jika perlu)
5. Biarkan selama 10-15 minit.
Bahan untuk inti
2 cawan isi ayam atau daging ayam cincang
1 cawan frozen carrot & beans
1 sudu besar rempah kari ayam
1 helai daun bay
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih
1/2 cm halia (sagat)
2 biji ubi kentang (buang kulit- dadu)
1 biji telur
1-2 cawan air
Garam dan lada hitam sebagai perasa
3-4 sudu besar minyak
1. Panaskan minyak, masukan isi ayam, goreng seketika hingga isi menjadi putih.
2. Masukan bawang, halia, bawang putih, kacau sebati.
3. Masukan rempah kari, kacau dan masukan air. Renih hingga ubi menjadi lembut dan kuahnya menjadi kering.
4. Uli doh membulat anggaran 8 inci sebanyak 2 keping dan masukan kedalam acuan pie yang boleh dikeluarkan dalamnya (sapukan dahulu dengan sedikit minyak).
5. Masukan inti yang disejukan dan tutup dengan sekeping lagi doh, kepilkan ditepi acuan.
6. Ambil pisau dan cucukan permukaan pie disekeliling.
7. Sapukan permukaan pie dengan sebiji telur yang dipukul.
8. Bakar selama 30 minit hingga kekuningan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan