Jumaat, Oktober 24, 2014

Puding Cokelat Kastad



Salam semua.. Salam Awal Muharam buat semua pengikut Masak Makan, semoga anda semua diberkati dengan kesihatan dan keberkatan sempena Awal Muharam ini. Hari ini MM menyediakan satu juadah yang sesuai untuk semua acara kerana pemanis mulut begini tentu menjadi kegemaran semua kerana ia nya menyejukan tekak. Lama bebenor tak membuat pemanis mulut sebegini bukan apa adakalanya, langsung tidak teringat atau meninginkannya.  Tetapi apabila dihidangkan dengan juadah makan dimuka FB tentu kita semua mendapat keinginan hendak membuatnya.


Dwi perasa diadukan kedalam adunan ini, iaitu serbuk cokelat yang dicairkan dan sedikit tepung kastad untuk mendapatkan rasa yang sesuai untuk digabungkan. Cadangnya hendak membuat puding roti tetapi kerana kehabisan roti, jadi memadailah jua dengan cubaan ini.



Bahan Bahan
20 gm agar agar bertali
500 ml air
1 cawan gula
4 biji telur
200 ml susu pekat
2 sudu kecil vanila
2 sudu besar tepung kastad (dilarutkan dengan sedikit air)
2 sudu besar butter (dicairkan  dengan micorwave)
200 gm serbuk cokelat (dicampurkan dengan sedikit air)
secubit garam

1.  Didihkan agar agar dengan air hingga larut.
2.  Masukan gula, kacau hingga mendidih dan masukan butter.
3.  Dalam satu mangkuk, pukul telur bersama  susu pekat,vanila,  garam, tepung kastad hingga sebati.
4.  Masukan bahan yang dipukul kedalam didihan agar agar, kacau sebati hingga mendidih.
5.  Asingkan setengah daripada adunan kepada mangkuk yang lain, dan setengah dimasukan larutan        coklat.
6.  Sediakan acuan yang digemari, ambil aggaran 4 senduk besar daripada adunan kastad, disejukan        selama 2-3 minit didalam peti sejuk (bahagian ais) hingga ia mengeras sedikit.  Lapiskan pula              dengan adunan cokelat dan lakukan process yang sama hingga habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan