Khamis, Oktober 16, 2014

Puff Sardin


Apabila pagi,  pasti kita akan terfikir fikir untuk menyediakan sarapan pagikan, memang pening kekadang kalau hati dan jiwa tidak bersedia untuk memikirkan sebelum itu kecuali kita sudah memikirkannya sewaktu masuk tidur lagi, untuk membuat menu untuk besok pagi.  Ini juga terjadi apabila tetamu ada dirumah, maka otak pun mula diperah dengan apakah makanan yang sesuai disediakan..  begitulah rasa MM apabila peristiwa begini berlaku.  Walaupun ada kalanya, tetamu juga memainkan peranan apabila dengan besar hatinya, bersusah payah keluar rumah untuk membeli juadah dari  warong pagi yang banyak juga terdapat dikawasan MM, tinggalkan mahu keluar atau tidak sahaja.  Tepuk dada tanya selera.  
                                                   
Seeloknya, dengan adanya stok makanan yang tersimpan, tentulah memudahkan kerja dirumah, keluarkan sahaja dan seterusnya pandai pandailah mereka atau mencipta sendiri resipi  yang digemari. Telah menjadi kebiasaan jika banyaknya tetamu dirumah juadah, saperti nasi lemak,  bihun, mee, kuey teow adalah menu paling sesuai disediakan kerana jumlahnya dengan satu hidangan begitu pun sudah agak mengenyangkan.

So hari ini MM menyediakan resepi yang begitu mudah kerana semuanya adalah dari stok yang ada sahaja.  So layan lah Sardin Puff ni.  

                                                                         
Bermula dengan mengeluarkan, puff pastri dari peti sejuk untuk dinyahbekukan, dikeluar ikan sardin dari tin tanpa kuahnya, dibuangkan tulangnya, ditambah hirisan bawang besar, cili dan tomato, kemudian ditumiskan dengan sedikit minyak dengan taburan garam dan lada hitam.  Ambil saja satu keping puff pastri, isikan inti sardin, gulung dan dibelah dua supaya kecil sedikit saiznya, dikelar sedikit dipermukaan, disapukan telur dan dibakar selama 20-30 minit. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan