Rabu, Oktober 22, 2014

Sup Cendawan



Sekali sekala hendak juga makan yang ringan ringan terutama sekali waktu malam dan keletihan kan! So kali ini MM menyediakan satu resipi yang harus dimuatkan kedalam blog ini walaupun telah di muatkan pada FB DDAA (Dari Dapur Azie dan Akmar). Banyak juga yang menyukainya kerana ia begitu mudah disediakan.  Malah, cara  disediakan digabungkan dengan ramuan  saperti daun bawang dan bawang goreng kedalam sup ini. Kemelayuanlah sedikit sup ini. Akan tetapi masih terdapat cendawan yang dipotong kasar tetapi ditenggelami sup dan MM tidak teringat pulak hendak mengambil gambar dari sudut yang lain supaya ia dapat dilihat.  Tak apalah lain kali boleh buat lagi dengan gambaran yang lebih menarik.

Sebagai sampingan dibuatkan saja Roti bawang putih atau garlic bread untuk dicicahkan bersama sup ini. Hidangan ini sesuai untuk 2-3 orang sahaja, jadi gandakan sahaja ramuannya jika hendak dibuat dengan hidangan yang besar.

Bahan Bahan
1 cawan cendawan butang (dihiris nipis)
3-4 cawan susu cair
1 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 inci halia
2 sudu butter
1/2 cawan daun sup dan daun bawang (hiris halus)
1/4 cawan bawang goreng
1/2 sudu kecil lada putih/sulah
garam secukup rasa.

1. Cairkan butter dalam periuk yang sederhana.
2. Masukan bawang putih dan halia, goreng seketika dalam satu atau 2 minit.
3. Masukan cendawan, garam dan lada sulah kacau sebentar.
4. Masukan susu dan didihkan diatas api yang sederhana hingga sup menjadi hampir pekat dan         tutupkan api.
5. Hidangkan bersama bawangan goreng dan taburan daun sup dan daun bawang.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...