Selasa, Oktober 27, 2015

Kacang Panjang Bercilil




Agak senang seketika, jadi nak masukan resipi ini, kerana masakan kekacang juga sedap dimakan begini.  Mungkin  lauk lain yang disediakan agak hambar, jadi simple menu begini elok dijadikan sampingan untuk menambahkan rasa kepedasan bagi mereka yang menggemari sesuatu yang pedas.
Malah penyediaannya begitu mudah sekali kerana semua bahan sambal dikisar sahaja dan ditumis. Menariknya udang segar dikisar sekali bersama cili, bawang merah, bawang putih untuk mendapat texture pada sambal ini.  Penggunaan udang hidup atau basah, terpulang pada tuan punya lidah.  Sebaiknya menggunakan udang kering memberikan lebih perisa pada masakan ini. Kalau boleh campur saja keduanya sekali.... Senang gitu..

Bahan bahan
6-8 kacang panjang (potong anggaran 1 inci)
3 cili merah (buang biji dan patahkan
2-3 ulas bawang merah
1-2 bawang putih
4-5 ekor udang basah (buang kulit dan cincang)
1/2 cawan air
2-3 sudu besar minyak
Garam dan serbuk perasa bilis secukupnya

1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili merah udang hingga  hancur.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga terbit bau.
3. Masukan kacang panjang, kacau rata.
4. Masukan air, masukan garam dan serbuk perasa, tutup sebentar hingga kacang menjadi lembut, tutupkan api dan terus hidang



Tiada ulasan:

Catat Ulasan