Khamis, Oktober 15, 2015

Kek Cawan Pelangi

Salam jumaat, semoga hari ini, hidup kita diberkati pada hari jumaat pertama bulan muharam ini, semoga hari hari kita dilalui dengan keberkatan nikmat yang Allah berikan.  Semoga setiap perubahan tahun menjadikan kita lebih baik dari semalam.  Hari ini MM nak juga masukan resipi kek yang mudah dan sedap. Resepi ini dimuatkan dari Puan Akmar, yang menjadi admin pada FB MM bersama Azie dan Akmar dimana ia mendapat sambutan yang hangat dari group ini. terima kasih pada yang mengikuti Facebook kami tu.
                                                           
                           

Walaupun serupa dengan resipi yang digunakan oleh Puan Akmar, saya Azie (untuk pengetahuan anda) telah membuat olahan sedikit dengan menjadikan ia versi cupcake.  Tidak dikukus tetapi dibakar kerana malas nak mengeluarkan pengukus gitu.. He.. Hee..(macam tu pun ada!) lagi pun dengan membakar ia lebih cepat dari mengukus, so jimat masa sedikit lah...

Nampak gaya, orang orang kita sangat suka pada masakan yang berunsurkan warna. Terutama sekali kepada makanan yang dapat menarik perhatian saperti apam, kek dan agar agar.  Malah.. Ada juga yang menciptakan karipap dan roti canai berwarna!  Fuhh.. Tetapi rasa tetap samakan. Mungkin nak menarik perhatian.  Apa pun life is colourful so kalau takde gurauan dalam hidup, tentu boring hidup ini kan kan kan!



Cupcake atau Kek cawan pelangi ini, memang sesuai kut dengan citarasa  kanak kanak. Sesuai juga disediakan pada majlis hari jadi atau hari pertunangan dan sebagainya. Bukan sahaja dalamnya berwarna warni, malah, diluarnya juga.


Gambar dibawah merupakan sebahagian dari bahan bahan yang digunakan. MM menggunakan cawan dibawah untuk selalu menyukat bahan, tetapi cawan biasa juga boleh digunakan, asalkan pembahagian gula, tepung dan lain lain mengikut adunan yang disediakan. Satu lagi olahan yan MM buat adalah warna pada warna koko, kerana MM tidak mempunyai pewarna koko dalam simpanan, jadi MM meninggalkan sebahagian daripada adunan didalam mixer untuk di putarkan dengan serbuk koko. Jadi warna warna yang digunakan adalah serupa saperti, merah hijau, warna adunan kek dan serbuk koko. Lapislah ia dengan warna tersebut. Sedikit susu juga dimasukan kedalam adunan ini. Cawan kertas yang MM gunakan adalah agak besar saiznya, jadi terpulang pada anda untuk memililh corak yang bersesuaian. Ia dapat menghasilkan lebih kurang 6-8 cupcakes, terpulang pada saiz cawan. Dari satu butter (fernleaf) masih ada berbaki sebanyak 1/4 cawan, dimana ia dijadikan frosting pada cupcake ini.

                          

Bahan Bahan
1 cawan butter
3/4 cawan gula
3 biji telur
1 1/2 cawan tepung (superfine)
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan susu
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
Pewarna merah, hijau - 1/4 sudu kecil
1 sudu besar serbuk koko

1.  Panaskan oven pada suhu 180 darjah C, sediakan kertas cawan yang diletakan dalam acuan muffin.

2.  Pukul gula (dalam mixer) hingga kembang.

3.  Masukan telur satu persatu, putar sebati.

4.  Masukan susu dan esen vanila, putar sebati.

5.  Masukan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati.

6.  Bahagikan kepada tiga mangkuk berbeza, warnakan, sebahagian adunan dibarkan didalam mixer, masukan serbuk koko, putar sebati.

7.  Sudukan dalam sudu besar pada setiap warna dan lapiskan hingga 3/4 cawan.

8.  Bakar selama 25 minit, sejukan dan hiaskan dengan butter cream yang diwarnakan.

Bahan untuk butter cream
1/4 cawan butter
2 cawan gula icing
1 sudu kecil esen vanila

Putar bahan diatas hingga kembang, bahagikankepada warna merah hijau dan biarkan sebahagian.  adunan.  Masukan dalam piping bag dan paip kan mengikut kesukaan anda.


Beginilah rupanya apabila cupcake ini dipotong.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan