Isnin, Oktober 19, 2015

Kek Cokelat

Apabila hujung minggu dihabiskan dengan membuat kek bersama anak dara.. Bila dia teringinkan kek cokelat.  Walaupun permulaannya adalah dengan idea yang berbeza, akhirnya MM menurutkan saja.. So.. Bermulalah dengan ekspedisi mem'baking' didapur, walaupun dia tidak berapa sihat akibat jerebu, setelah makan ubat dan cukup tidur.


Frosting yang dibuat adalah yang mudah mudah saja kerana untuk makan sekeluarga sahaja.  Sedap dan 'moist' kek cokelat ini.  Warna yang digunakan untuk icing kek saja dibiarkan pudar dan lembut untuk mendapat 'contrast' dari dua warna cokelat. Pada siapa yang sukan warna yang lebih gelap boleh saja ditambahkan pewarna cokelat atau serbuk koko saja.

                       

Saperti gambar diatas dari satu jenis kek dapat mengilhamkan dua jenis kek yang berbeza apabila kita boleh bermain dengan icing.  So terpulanglah pada mata seseorang untuk memilih jenis mana yang disukai.  Apa yang kita fahami, manusia berbeza pendapat dan citarasa. Tepuk dada tanya selera.  
Apa yang penting adalah rasa dan teksturnya.  


Saperti gambar diatas, MM menambahkan hiasan dengan cip cokelat dan hiasan manik. Tepi kek pula dibiarkan saja dengan sedikit saja sapuan krim butter yang berwarna koko untuk mendapatkan pandangan 'rustic' dimana ia agak menjadi trend juga pada waktu ini. Manakala gambar di bawah adalah sapuan butter cream yang disapu penuh dan dengan menggunakan acuan bergigi, krim disapukan keatas saperti disikat begitu.


Bahan bahan untuk kek
250gm butter
250 gula kaster
4 biji telur (saiz besar)
1 sudu kecil vanila
2 sudu besar susu pekat manis
1 1/2 cawan tepung
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan air panas

Panaskan oven pada suhu 180 darjah C, sediakan  2 acuan bulat berukuran 6 inci dengan sapuan butter.

1. Pukul butter dengan gula hingga kembang.
2. Masukan telur, satu persatu, putar sebati.
3. Masukan esen vanila dan susu pekat manis.
4. Satukan serbuk koko dengan air panas, kacau sebati, biarkan suam suam kuku.
5. Masukan adunan koko,  putar sebentar.
6. Ayak tepung bersama garam, baking powder dan baking soda.
7. Masukan kedalam adunan butter, sedikit demi sedikit hingga habis.
8. Tuangkan adunan kedalam acuan dan bakar selama 30 minit, angkat dan sejukan.

Bahan bahan untuk icing
1 cawan butter
2 cawan gula,
2 sudu besar susu cair
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan serbuk koko

Putar semua bahan hingga berkrim dan sapukan pada kek. Hias dengan manik dan cokelat cip.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan