Rabu, Oktober 07, 2015

Stew Daging Macaroni.

Stew Daging Macaroni

Terkadang kita bangun dengan mood yang berbeza, antara malas, nak lepak atau nak masak, terpaksa makan juga kan.. kan.. kan!  mood nak keluar rumah pun malas dengan cuaca yang agak teruk ketika ini.. Setiap tahun jerebu jerebu pasti datang. Antara pelik dan marah terpaksa kita hadapi juga.  haiiii.. Apa nak buat dengan manusia yang rakus, tidak banyak memikirkan kebaikan dari keburukan, kekuasaan dan keuntungan.  Atas nama kewangan maka segala segala macam matlamat menghalalkan cara. Itu lah dinamakan manusia.. Akhirnya kita menjadi mangsa pada keadaan yang tidak terkawal dek kerana nafsu.  So.. Duduk dirumah lah masak dan makan! Sihat gitu..


Kalau hendak makan luar pula, nampaknya belum lagi terjamin rasa apa yang kita kehendaki, Ni bukan nak perasan MM pandai masak, tetapi, sesungguhnya, ada juga kedai yang tidak begitu memuaskan hati, tetapi kita terpaksa bayar pada sesuatu yang tidak puas dimakan.  Selagi boleh masak MM masak, sedap boleh dikongsikan resepinya bersama.


Secara seriusnya.. Memang hidangan ini begini mengenyangkan dan cara masakan pun agak santai. Apa yang diperlukan sediakan saja bahan bahan tumis seketika dan dibiarkan dengan api yang kecil sehingga tiba waktu makan kerana apa yang perlu adalah melembutnya daging dan bahan yang dimasak.


Sementara menunggu stew masak, didihkan saja dengan sedikit garam, rebus macaroni hingga benar benar lembut, barulah sedap dimakan. Sama ada mahu dihidangkan dengan kuah saperti sup atau stew yang pekat, terpulang pada citarasa masing masing.

Bahan
1paket macaroni (direbus hingga lembut dan toskan)
1 mangkuk kecil daging (dihiris nipis)
1 tin sos prego tradis2-3 cawan air/stok
1 batang lobak merah (dipotong dadu - kasar)
1 biji bawang besar ( hiris kasar)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji ubi kentang ( dipotong dadu-kasar)
1 biji tomato (potong kecil)
1 lada benggala hijau (potong kasar)
2 helai daun selasih (kering)
1 sudu kecil thyme
2-3 sudu besar minyak masak
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya.

1.  Rebus macaroni hingga lembut dengan sedikit garam.
2.  Panaskan periuk dengan sedikit minyak, masukan daging goreng hingga bertukar warni dan terbit minyak. Masukan bawang putih.
3.  Masukan sos prego, daun selasih, thyme,kacau sebentar.
4.  Masukan air, renih dan tutup daging dengan api yang perlahan hingga hampir empuk, tambah air jika perlu.
5.  Apabila hampir empuk, masukan bahan bahan yang dihiris keculi lada benggala. Renih seketika hingga hampir pekat dan tutupkan api.
6.  Hidangkan bersama macaroni yang telah direbus.






                                                                                      
    










Tiada ulasan:

Catat Ulasan