Isnin, Disember 21, 2015

Kek Kukus Berlapis

Salam Disember semua.. Kejapkan waktu berlalu. 2016 akan muncul tidak lama lagi, hidup diteruskan juga dengan pelbagai aktiviti selagi kita bernyawa. Asalkan kita melakukan apa yang terbaik, menjauhkan kemungkaran, mendekatkan kebaikan, selama itu kita perlu meneruskan kehidupan.  Masak dan Makan tetap diteruskan dalam kehidupan.. So kali ini MM membuat Kek kukus berlapis.  Frankly speaking,  inilah percubaan kedua setelah membuat kek buah dahulu.


Bermain dengan warna dapat menarik perhatian pada pandangan mata, tidak kira, dunia masakan, dunia pakaian dan dunia hiasan.  Walaupun teknik dan olahan membuat kek adalah sama, kreativiti dan visi juga adalah menjadi keutamaan dalam menghasilkan kek yang dikehendaki.  Keterbiasaan membakar kek adalah lebih mudah daripada mengukusnya kerana ia memerlukan perhatian dan masa untuk melapiskan setiap lapisan, namun tidak lah sesukar mana pun tetapi cara untuk membuatnya perlu bersabar.  Banyak teknik mengukus saperti melapikkan dengan kertas aluminium pada acuan supaya air kukusan tidak merosakan permukaan pada kek ini, jadi kesabaran adalah menjadi keutamaan untuk membuat kek lapis kukus ini..  Percubaan pertama pasti tidak sempurna tetapi bila sudah biasa MM harap dapat menghasilkan kek yang lebih baik pada lapisan nya.


Disini apa yang MM perhatikan masyarakat kita lebih mementingkan warna daripada rasa dalam menghasilkan resepi kek, mungkin juga ia adalah satu tarikan buat yang baru sahaja yang mahu mempelajari dunia masakan, tidaklah salah pada pandangan MM,  Insha Allah lama kelamaan setiap yang bermula pasti akan mencapai tahap seterusnya demi peningkatan dalam dunia apa juga dalam bidang yang diceburi.


Bahan bahan
250 gm butter
200 gm gula kastor
4 biji telur (siaz besar)
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 cawan susu pekat manis
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk penaik
1 1/2 cawan tepung kek
1/2 sudu kecil pewarna biru
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

1.  Panaskan pengukus dengan air yang secukupnya hingga mendidih.
2.  Sediakan acuan 6"x6" persegi dengan sapuan butter dan sedikit taburan tepung.
3.  Putar butter dan gula hingga kembang.
4.  Masukan telur, satu persatu.
5.  Masukan, esen vanilla dan garam putar dengan kelajuan sederhana.
6.  Ayak tepung bersama serbuk penaik, masukan perlahan lahan hingga habis.
7.  Bahagikan adunan pada dua bahagian  satu boleh dibiarkan didalam mixer.
8.  Adukan hingga mendapat warna yang lembut.
9.  Gunakan satu hingga dua senduk besar untuk melapiskan bahagian pertama (warna ikut suka)
10. Gunakan kertas aluminium untuk menutup acuan, kukus selama 8-10 minit.  Angkat pengukus, biarkan seketika, lapiskan lapisan kedua, kukus kembali, lakukan teknik yang sama hingga selesai. Biarkan ia sejuk baru dipotongkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan