Jumaat, Disember 04, 2015

Kuey Teow Daging


                              

Haiii...lama tak post dekat Masak Makan ni.. So hari ni berkesempatan nak updatekan resepi Kuey Teow daging atau 'Beef Kuey Teow' ni.. Mudah saja nak membuatnya.  Apa apa berkenaan kuey teow pasti senang membuatnya, semua main campak campak saja kedalam kuali dan waallah siap!  Tapi kali ini, MM membuat dengan cara berlainan sedikit kerana menggunakan daging yang tidak direbus.  Apabila memasak daging tentu sekali mengambil masa yang lama untuk dilembutkan.  Untuk memudahkan membuatnya adalah dengan menggunakan daging batang pinang, kerana daging inilah bahagian daging yang senang dilembutkan. Daging pelulah dipotong nipis mengikut garisan dan digoreng dahulu dengan minyak yang betul betul panas sebelum measukan bahan bahan yang lain.

Untuk resipi ini MM tidak banyak bahan yang diperlukan, hanya satu paket kuey teow, daging, telur, taugeh dan daun bawang.  Selainnya kicap, cili boh, sos tiram. So layan

Bahan bahan 
1 paket kuey teow basah (1 kg)
2 biji telur
1 cawan daging (hiris nipis)
3 ulas bawang putih
1 pokok daun bawang (potong anggaran 1/2 cm - 1 cm)
1 cawan taugeh (dibuang ekor)
2 sudu besar cili boh
3-4 sudu besar kicap masin
2-3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam/putih
1/4 cawan minyak
1/4 cawan air
Garam secukupnya.

1. Panaskan kuali dengan minyak yang betul betul panas, gorengkan daging hingga bertukar warna dan kecut.
2. Masukan bawang putih yang diketuk. Kacau sebentar.
3. Masukan cili boh, kacau sebati dan masukan air.
4. Masukan kicap dan sos tiram, didih sebentar.
5. Masukan kuey teow, kacau rata.
6. Masukan taugeh, kacau rata,
7. Buatkan lubang dengan menolak kuey teow ketepi, masukan telur, masukan serbuk lada hitam dan garam pada telur, biarkan seketika hingga telur hampir masak, kacau rata hingga stim dan taburkan daun bawang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan