Akibat kebosananlah terjadi biskut atau 'Walnut Butter Cookies' ini. Disamping mempunyai satu paket walnut yang MM beli MM letakan sahaja diatas adunan biskut ini daripada membuat cookies yang biasa sahaja, lebih rangup dan 'crunchy' gitu. Kalau suka boleh juga dikisar walnut untuk dimasukan kedalam adunan biskut, terpulang juga kepada kehendak masing masing.
Adunan yang telah diadunkan boleh sahaja di masukan kedalam 'piping bag' atau boleh sahaja menggunakan acuan kecil dimana ia terus ditekankan dengan ibu jari saperti acuan 'semperit'. Disini MM membuat dengan dua versi, satu acuan semperit dan satu lagi dipaipkan.
Bahan bahan
250 gm Butter
200 gm gula perang
1 biji telur
1 esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan walnut (dipecahkan)
1. Panaskan oven pada suhu 160 darjah C, sediakan dulang pembakar dengan sedikit sapuan butter.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
3. Masukan telur, pukul sebati.
4. Masukan vanilla.
5. Masukan tepung sedikit demi sedikit (ayak kedua2 tepung). Uli hingga mendapatkan adunan yang lembut. Biarkan selama 4-5 minit.
6. Masukan kedalam 'piping bag' tekan dan pusing untuk mendapatkan bentuk bulat anggaran 2 cm. Letak Walnut pada atasnya dan bakar selama 20-25 minit hingga kekuningan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan