Isnin, Mac 13, 2017

Bingka Ubi Kayu


Ubi Kayu, apabila bercakap pasal ubi kayu, ia adalah satu makan kegemaran MM sebenarnya, walaupun jarang sekali memakannya, tidak kiralah ubi kayu rebus ke, ubi kayu goreng ke, bingka ke..semua adalah favourite MM.  Perlu diambil kira ubi kayu memang mempunyai tekstur dan rasa yang kaya dengan kanji, mempunyai rasa kekacang gitu.  Ia juga dipanggil dengan nama 'Cassava', menjadi makanan ruji bagi negeri saperti Africa, Asia dan America Selatan. So disini MM nak tunjukan cara MM membuat bingka ini.  Tidak saperti resipi yang MM ikut, sedikit pembaharuan MM lakukan, iaitu mengurangkan penggunaan santan, kerana banyaknya ubi kayu juga bergantung kepada banyaknya santan yang diperlukan


Ini merupakan ubi kayu yang MM beli dan hanya menggunakan satu sahaja.


Potong ubi kayu kecil dan buangkan kulitnya.


Ia kemudian dipotong dadu kecil.


Masukan kedalam pengisar untuk mendapatkan 450 gm ubi kayu kisar.


Berikut adalah bahan bahan lain yang diperlukan untuk membuat Bingka ini.
Bahan Bahan : 3 biji telur, 300 ml santan, 3/4 cawan gula, 1 sudu kecil esen vanila, 1/2 sudu kecil pewarna kuning dan 2 sudu besar butter/minyak sapi.


Cairkan butter didalam kuali/microwave, pukul telur bersama gula dan masukan esen vanilla dan masukan butter, pukul sebati.



Masukan ubi kayu, santan, kacau sebati, tuangkan adunan telur yang dipukul tadi, kacau lagi hingga sebati.


Masukan pewarna kuning, kacau rata.


Tuangkan kedalam acuan berukuran 3x6 inci.


Panaskan ketuhar dahulu selama 10-15 mini, masukan adunan, bakar pada suhu 200 darjah C selama 50-60 minit.


Sejukan dahulu sebelum memotongnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan