Sabtu, Mac 11, 2017

Quiche Daging


Salam semua! sudah lama tak update blog Masak Makan ni, tetiba pula teringan nak berblog kembali.  Tahun pun sudah berganti, pasti putaran kehidupan menentukan hala tuju kita seharian.  Masa yang dilalui pasti mengamit  sejarah setiap perjalanan kehidupan. Asalkan setiap perjalanan dilalui dengan  ketakwaan, keberkahan dan kesungguhan  pasti kita dapat merasakan ketenangan kehidupan yang dilalui.

Hari ini Masak Makan kembali dengan resipi Quiche Daging.  Sejujurnya Masak Makan atau MM, pada mulanya membuat karipap saja tetapi telah mempelbagaikan resipi karipap ini kepada 3 jenis yang berbeza. Untuk pengetahuan apa pun juadah pastri yang kita sediakan adalah sama saja, hanya perbezaannya adalah dari inti dan bentuk saja yang berbeda, untuk Quiche pula adalah penambahan kastad pada intinya, kebiasaannya ia dibakar hingga kekuningan.  Quiche ini dibentukan lebih kecil, boleh juga digunakan yang besar saperti acuan pie.  Angarkan sahaja doh dan ukuran yang diperlukan untuk membuatnya.


Untuk mendapatkan cara keseluruhan MM membuat quiche boleh juga dilihat pada  gambar dibawah.



Untuk dohnya, bahagikan pada bebola kecil, leperkan dengan menggunakan  kayu penggiling.


Lakukan hingga doh habis kesemuanya.


Masukan kedalam acuan "muffin", tekap dan tekan pada tepi dan tengah bahagian cawannya.


Gunakan garfu/fork, cucukan doh pada bahagian bawah.


Isikan inti yang telah disediakan. 


Pukul telur, susu, lada putih dan sedikit garam hingga sebati.


Tuangkan kedalam acuan yang telah diisikan dengan inti.


Panaskan dahulu ketuhar pada suhu 180 darjah C selama 25-30 minit dan bakar hingga kekuningan.

Berikut adalah gambaran bagaimana dari satu adunan MM mempelbagaikan adunan pastri daripada adunan karipap yang digoreng, karipap yang dibakar dan quiche yang mudah.  Malah pastri yang dibancuh boleh disimpan dan disejukan kedalam peti sejuk untuk diguna semula jika perlu.  Boleh saja dilakukan dahulu untuk disimpan atau dibeli sahaja yang telah siap, jika perlu hanya, keluarkan dari peti sejuk, dinyah bekukan dan terus sahaja membuat apa yang kita inginkan.

 


Cara MM membuat dohnya adalah mudah sahaja, kerana MM lebih sukakan doh yang rangup dan senang dibancuh.  Kali ini MM menggunakan mesin pengisar atau 'Food processor', kalau tak ada, uli sahaja dengan tangan pun boleh juga menjadi.

Bahan Bahan

3 cawan tepung gandum
3/4 cawan butter (dadu kecil)
2 sudu besar lemak sayuran (shortening)
1 sudu kecil garam
3/4 cawa air ais

 Masukan kesemua bahan kedalam mesin pengisar, putar sebati, masukan air ais perlahan lahan hingga ia menjadi doh yang tidak melekat (tidak perlu dihabiskan air ais), keluarkan taburkan sedikit tepung dan uli perlahan (tidak terlalu lama kerana doh akan menjadi kental dan keras).  Untuk menyimpannya hanya perlukan 'cling film' atau plastic pembalut dan sejukan sahaja didalam peti sejuk.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan