Isnin, April 24, 2017

Donut Keju/Cheese/Cheesy Doughnut


Hari ini MM terasa pelik sedikit, kerana terus masuk dapur pada waktu pagi, dan terus keluarkan bahan untuk membuat donut ini.  Mungkin kerana terlalu banyak sangat melihat posting donut di Instagram, maka teringin lah pula nak memakannya.   Lama jugalah tak buat donut dan memakannya.  Lidah pula terasa nak makan yang agak manis pada pagi ini..

Stok dari 1 paket yis masih berbaki, begitu jimat dan berbaloi jugalah dari paket kecil itu boleh digunakan beberapa kali kerana kerana MM menggunakannya sedikit sahaja bagi satu adunan, sesuai dengan 1-2 hidangan donut ini, banyak juga yang MM perolehi kerana dohnya mengembang dan kuantiti yang MM gunakan hanya dengan 2 cawan tepung sahaja.

Sebenarnya seronok bermain dengan tepung yang dicampurkan yis ini, seolah olah dapat bermain dengannya apabila ia mula mengembang dan kenalah pandai menambah sedikit demi sedikit tepung supaya ia tidak melekat tetapi masih mampu mengekalkan kelembutan pada doh dan adunan tersebut.

Bahan bahan Basah
1 cawan susu segar (susu kotak) - suamkan atau campurkan dengan sedikit air panas
1 biji telur
1 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
secubit garam

Bahan kering
2 Tepung Gandum + 3/4 cawan untuk diuli bersama.
2-3 sudu besar minyak
1 cawan keju parmesan atau pun cheddar
2 cawan gula kaster (untuk digaulkan)
Minyak secukupnya untuk menggoreng (deepfry)

1. Satukan bahan bahan basah dengan susu yang suam, atau campurkan saja sedikit air panas, biarkan sebentar selama 10-15 minit hingga bancuhan menjadi berbuih atau 'foamy'.

2. Tuangkan sedikit demi sedikit adunan basah, kacau dengan menggunakan 'spatula' hingga adunan mula kental.

3. Tuangkan sedikit minyak pada tepian mangkuk adunan supaya tidak melekat, tutup dengan menggunakan kain atau pinggan, biarkan selama 10 minit hingga adunan menjadi dua kali ganda dari bentuk asal.

5. Keluarkan, uli dengan sedikit tepung, lakukan hingga adunan tidak melekat, tetapi harus dicampurkan dengan sedikit tepung dahulu. pastikan doh menjadi gebu dan lembut.

6. Cubit sebesar ibu jari, bulatkan, masukan keju, bulatkan kembali.  Lakukan hingga selesai.

7. Panaskan minyak dengan api yang sederhana, goreng hingga kekuningan, angkat dan masukan kedalam bekas gula, kacau sebati supaya gula melekat dan hidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan