Khamis, April 20, 2017

Tart Buah Pear



Hari ini MM memulakan pagi dengan membuat Pear Tart bersama badam, bukan apa, memandangkan buah pear yang dibeli sudah mula menguning dan isinya menjadi agak lembut, jadi MM rasa elok juga dibuatkan tart daripada memotong dan memakannya begitu sahaja.  Walaupun sudah tercari cari akan resepi untuk membuatnya, tetapi setelah difikirkan elok saja mencuba dengan hanya memasukan kastat telur yang dipukul dengan susu dengan penambahan sedikit gula dan vanilla, kerana MM rasa hendak membuatnya dengan cara yang mudah saja.

Disini MM telah membuat dalam 2 bekas kecil yang berlainan supaya senang hendak membahagikannya, satu boleh saja dimakan waktu sarapan dan satu lagi untuk minuman petang, jadi tak payah lagi bersusah payah untuk menyediakan juadah untuk tea time.

Pastrinya pula segaja dinipiskan tetapi tidak pula terlalu nipis kerana takut apabila kastat dituangkan ia menjadi lembik atau 'soggy' gitu jadi dengan cara begini lapisan bawahnya juga mudah dimasak dan tidak terlalu tebal.

Berikut merupkan bahan bahan yang diperlukan.

2 biji buah pear (dibuang kulit dan bijinya, dibelah dua dan dihiris nipis - untuk acuan berbeza)
1 biji telur
1 cawan susu kotak
1 sudu kecil vanila (tidak kelihatan)
2-3 sudu besar gula kaster
secubit garam
1/4 cawan hirisan badam dan sedikit buah kismis 

1. Pukul telur dan gula hingga kembang, masukan susu dan vanila, kacau sebati.

Bahan untuk pastri
2 cawan tepung gandum (tambahkan sedikit semasa menguli)
1 biji telur
2-3 sudu besar gula
 1/2 cawan butter (dadu)
1/4 cawan susu kotak

Masukan sahaja kesemua bahan dalam mesin pengisar, kisar hingga doh menjadi kental, keluarkan, letak kedalam plastic pembalut (cling film) sejukan selama 15-20 minit didalam peti sejuk.


Setelah doh atau pastri dikeluarkan dari petisejuk, canaikan dan tekapkan pada acuan yang sesuai atau acuan yang anda gemari, boleh saja pastikan anggaran doh dan kastat, jadi kenalah pandai menyukat setiap bahan untuk disatukan.  Untuk memudahkan pastri masak dibahagian bawahnya, gunakan garfu dan cucuk sedikit dibeberapa permukaan lapisan bawah, (jangan sampai tertembus), masukan kastat, susun aturkan buah pear yang telah dipotong, sama ada dihiris atau di belah dua sahaja, taburkan kismis dan badam jika suka. bakar selama 25-35 minit pada suhu 180 darjah C hinga kekuningan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...