Isnin, Mei 21, 2012

Kepak Ayam berlemon

Bahan Bahan
1 kg kepak ayam
2-3 sudu sos tiram
sedikit kicap cair
sedikit kicap pekat
sedikit garam
1 sudu besar madu
1 biji lemon
sedikit almond/badam

Bahan Tumbuk : 1 inci hali, 2-3 ulas bawang putih dan 1 sudu kecil lada hitam.

1. Gaulkan ayam bersama bahan tumbuk dan sos tiram, kicap cair, kicap pekat , madu, garam dan jus dari 1/2 lemon, dan perapkan 1-2 jam sebelum membakar.

2. Panaskan ketuhar (pada gril) dan letakkan ayam pada dulang pembakar yang disapukan dengan sedikit minyak dan bakar ayam hingga naik bau.

3. Keluarkan seketika dan tambahkan sedikit air perapan dan bakar semula hingga garing tetapi tidak terlalu kering.

4. Hidangkan dengan tburan dari kulit lemon yang disagat dan taburkan sedikit almond yang ditumbuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan