Jumaat, Mei 18, 2012

Mee Siput


Pagi pagi ni teringin nak makan yang pedas pedas pulak, hari tu pergi super, terjumpalah mee siput yang comel yang di jual dalam paket dan mee pulak berbentuk siput.. bukan tak perasan tapi tak pernah kisahpun.. tapi pada hari tu , tah.. angin ape pun tak tahu, terbelilah pulak, memang halus dan lembut, tekstur mee ni dan cepat dimasak apabila merebusnya.. Maka, adalah sedikit ayam dan taukua sebagai pelengkap oklah.. jadi.asalkan terasa pedas sedikit pun jadilah.

Bahan bahan
1 paket mee siput (mengandungi 6 keping) dimasak dengan memasukkan kedalam air yang mendidih dan toskan
3 batang sawi cina yang dipotong 1/2 inci
1 biji tomato (didadu)
1 mangkuk kecil ayam yang di hiris halus.
1 biji taukua yang di potong halus dan digoreng
2 biji telur
sedikit sos tiram
sedikit sos cili
garam dan lada hitam sebagai perasa


Bahan Kisar
3-4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3-4 biji cili merah

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng taukua hingga garing dan toskan.
2. Dengan minyak yang sama (atau kurangkan jika berlebihan), tumis bahan kisar hingga naik minyak.
3. Masukkan ayam, dan masak seketika hingga ayam menjadi putih.
4. Masukkan sos tiram, sos tomato, garam dan lada hitam.dan tambahkan  sedikit air jika perlu.
5. Masukkan sawi dan tomato, kemudian masukkan mee dan kacau hingga sebati.(biarkan ia basah)
6. Pecahkan telur dan taburkan sedikit garam dan lada di tengah tengah mee dengan memberi ruang  untuk mamsukkan telur dan tunggu hingga telur putih sedidikit sebelum menggaul semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan