Ahad, Julai 15, 2012

Ayam Rendang Minang


Hari hari kita harus memikirkan, apa nak masak pada hari ni? begitulah cerita ceriti kehidupan, kerana kita perlu makan, makan untuk hidup atau hidup untuk makan, Lebih baik makan untuk hidup daripada hidup untuk makan..kan kan kan... Kalau makan hari hari yang serupa pun boring jugak, kalau asyik nasi - boring juga!! Entahlah kekadang harus masak juga, asalkan ada satu hidangan pun cukup! Jadi pada hari ni, hanya rendang yang makan bersama nasi minyak dan sedikit jelatah timun untuk meneruskan kehidupan... Ngeeee..walau apapun syukur Alhamdulilah kerana masih mampu mempunyai kehidupan yang selesa kalau dibandingkan pada mereka yang kurang bernasib baik.. dan kalaulah dapat bersedekah untuk mereka pun rasa satu kepuasan.


Sekali ni rendang dibuat berkuah sedikit, kerana tak payah lagi nak masak lauk lain apabila menyediakan nasi minyak, kerana makan begini pun sudah enak. Masakan begini adalah serupa sahaja dengan penyediaan rendang ayam/daging, Jika perlu resipi, tengok kan saja resipi rendang dan masaknya serupa sahaja, hanya tinggalkan ia berkuah. 



Ini merupakan 'complete meal' semasa angin baik..walaupun tinggal bertiga sahaja.. Alhamdulilah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan