Rabu, Julai 18, 2012

Kacang Panjang Berlada

Yang ini merupakan masakan favoritlah apabila menggoreng kacang panjang, satu famili pun suka kalau dimasak begini. Hubby pulak suka kalau kacangnya lebih lembut saperti sayur masakan Nasi Kandar, manakala saya lebih suka 'cruncchy, sedikit kerana masih ada vitamin dalam kacang panjang tu, jadi kalau nak masak ni kena ikut sendirilah.. Suka tak suka pun makan!!.. Mana lebih baik kan.. Yang bervitamin ke yang tidak bervitamin.. Senang je nak masak ni, tumbuk je bahan bahan tumis dan terus tumis dan masukkan kacang dan kacau goreng hingga lembut sedikit.

Bahan bahan
1 ikat kacang panjang (pilih yg halus)
3 cili merah
3-4 udang basah
2-3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
(boleh masukkan belacan/udang kering jika mahu)

1. Satukan bawang merah, bawang putih, cili dan udang dan terus blenderkan /tumbuk kasar kasar.

2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bahan tadi hingga terbit bau dan masukkan kacang panjang, garam, sedikit stock ayam (tambahkan sedikit air) dan tutup sebentar / kacau dan tutupkan api apabila kacang menjadi lembut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan