Isnin, Julai 23, 2012

Bubur Lambuk


Pada setiap puasa, ini merupakan salah satu juadah yang begitu popular, malah kalau malas nak memasaknya, ambil saja di masjid yang setiap tahun ada membuatnya. Kali ni bubur ni dibuat dari lebihan nasi semalam yang sayang hendak dibuang kerana berasnya adalah dari beras Basmati. 

Dalam satu mangkuk lebihan nasi putih, hanya ditambahkan air dan bahan bahan yang lain saperti serai, lada hitam, daun padan, lada hitam, kayu manis dan daging ayam yang direbus naik hingga menjadi bubur, kemudian di tumiskan bawang merah goreng dan dituangkan saja pada bubur tersebut apabila hampir masak.

Bahan Bahan
1 mangkuk nasi putih
2-3 gelas air
1/2 mangkuk isi ayam
1 batang serai
1-2 daun pandan yang disimpulkan
1 cm halia (diketuk)
1/2 c, kayu manis
1 sudu lada hitam
3-4 ulas bawang merah dihiris halus
1 btg daun bawang
1 btg daun saderi
garam secukup rasa


1. Masukkan nasi kedalam periuk dan tambahkan air dan rebus hingga hancur.
2. Masukkan serai, daun pandan, halia, isi ayam, kayu manis dan sesekali kacau.
3. Tambahkan garam, lada hitam/putih sebagai perasa.
4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng hirisan bawang merah dan tuangkan pada bubur tadi, masukkan sedikit daun saderi/bawang, kacau hingga sebati.
5. Apabila sudah masak, taburkan sedikit bawang goreng, daun sup/bawang sewaktu menghidang.

** boleh jua ditambahkan santan jika mahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan