Isnin, Julai 23, 2012

Udang Goreng Kunyit


Pening jugakan bila kena fikirkan 'Apa nak masak untuk berbuka hari ni'. Rasanya nak masak senang senang je.. so.. inilah jawapan nya. Udang yang digaulkan bersama kunyit, serbuk jintan halus, sedikit cili boh di perap sebentar dan terus digoreng hingga masak.  kemudian diserikan dengan potongan cili hijau, merah dan bawang besar (Bombay onion) dimasukkan juga daun kari dan daun saderi... mudah saja.


Bahan Bahan Perapan
1 mangkuk udang yang dibuang setengah dari kulitnya dan bersihkan urat dibelakang.
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu kecil jintan manis
1 -2 sudu besar cili boh
garam secukup rasa

Bahan bahan penyeri
1 cili merah (dihiris)
1 cili hijau (dihiris)
1 bawang besar (Bombay Onion)
1 biji tomato (dipotong 4)
1 tangkai daun saderi dipotong 1 inci

Perapkan udang dengan bahan perapan selama 10-15 minit, dan goreng dan kacau hingga undang menjadi merah dan kacau goreng selama 5-8 minit dan masukkan bahan penyeri dan kacau sebentar sebelum menutup api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan