Ahad, Julai 22, 2012

Kari Ayam







Hari kedua puasa dengan kari ayam yang berlainan sedikit, dimakan bersama roti 'puri'. Kari ayam ni berlainan kerana hanya isi ayam tanpa kulit sahaja yang di gunakan dan hidangan pula hanya untuk tiga orang sahaja, penambahan daun ketumbar didalam kari inilah yang menjadikan ia lain dari kari biasa dan tidak pulak ditambah ubi kentang saperti kari biasa.

 Bahan bahan
 1 mangkuk isi ayam
1 biji tomato dibelah empat
 1 btg daun ketumbar
 1 btg daun Kari
1/2 cawan santan kotak
 1 cawan air
 2 sudu besar rempah kari Babas
 1 biji bawang besar (dadu)
 1/2 inci halia ditumbuk bersama 2 ulas bawang putih
 1-2 bunga lawang
 2-3 bunga cengkih
 2-3 Buah pelaga
 1/2 inci kayu manis
 2 sudu besar minyak masak/sapi
 Garam secukup rasa

 1. Panaskan minyak didalam periuk kecil dan tumis bawang besar, halia dan bawang putih dan masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan daun kari dan tumis hingga naik bau.
 2. Masukkan rempah kari yang dicampurkan dengan sedikit air dan tumis hingga terbit minyak.
 3. Potong batang daun ketumbar dan masukkan kedalam rempah tadi.
 4. Masukkan ayam dan kacau sebentar, masukkan santan dan air dan renihkan kari ini hingga ayam menjadi lembut dan masukkan garam dan tomato renih lebih kurang 10-15 minit sebelum dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan