Karipap pusing pertama ku.. eee. malu.. bukan tak pernah buat, tapi tolong mak adalah tu pun dulu dulu.. kelimkan karipap je. yang tau hanya dibuat dengan 2 adunan tepung, satu pakai spry atau vegetable shortening dan satu lagi doh biasa.Intinya pulak ialah inti ubi kentang bersama daging cincang berempah kari.
|
Ini adalah dua adunan doh, dimana yang leper tu adalah campuran tepung , garam dan air ais, manakala yang bulat pulak adalah adunan tepung bersama margarine 'meadow lea dan spry' kemudian di uli dengan sedikit air garam. Adunan pulak dibuat dengan dua bekas berasingan supaya senang nak mengadun dan dengan 3 cawan tepung yang dibahagikan 2 untuk mendapatkan 10 biji doh kecil yang kemudian dibuatkan saperti diatas, dibungkus dan dicanaikan memanjang dan digulung. |
|
Bagi setiap gulungan, di potong untuk mendapatkan 2 adunan yang kemudian digelek. |
|
Setelah digelek dimasukkan inti karipap, dilipat dua, kepilkan bahagian tepi, kelimkan dengan menggunakab jari telunjuk dan ibu jari dengan menipiskan bahagian hujung dan dilipat. saperti dibawah. |
Selepas siap semuanya, haruslah digoreng dengan api yang sederhana supaya tidak menggelembung. Goreng hingga kekuningan dan toskan.,
|
Ini adalah inti karipap yang dibuat terlebih dahulu. Daging cincang bersama ubi kentang berperisa kari. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan