Jumaat, Julai 13, 2012

Yee Mee


Masakan ni banyak terdapat dijual pada setiap pasaraya, popular juga dikalangan masyarakat melayu, yang best nya sekarang masakan ini disediakan oleh orang asing saperti Indon dan bangla walaupun ia masakan cina.. asalkan ia halal dan bersih untuk dimakan, oklah tu.. apakata buat dirumah saja.. bukan nya susah macam masak mee biasa je. dan mee nya pula cepat dimasak, cuma kali ni tidak dimasukkan ayam kerana hanya udang yang ada...


Bahan Bahan
1 paket Yee Mee (2 kepingan bulat)
2 batang sawi cina (Pak choy)
5-6 keping cendawan shitake kering
6-8 udang basah yang dibuang kulit
sedikit daun sup
2 biji telur

Bahan untuk kuah
2 sudu besar cili boh
1 sudu kecil lada hitam
2-3 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar kicap pekat
sedikit garam (terpulang pada rasa)
3 gelas air
1/2 paket knorr perencah ayam.
2 ulas bawang putih (dicincang)

1. Panaskan kuali dengan 2-3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan cili boh dan goreng hingga terbit minyak.
3. Masukkan udang dan cendawan shitake dan kacau sebentar.
4. Masukkan air dan bahan perasa - kicap, sos tiram, perencah dan lada hitam.renih sebentar hingga mendidih dan masukkan mee dan sawi cina, kacau dan tambahkan air jika perlu. Ketika kuah sedang mendidih pecah telur dan renih sebentar hingga telur menjadi putih (biarkan merahnya berair). Masukkan sedikit daun sup untuk penambah seri dan rasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...