Khamis, Ogos 30, 2012

Briyani Ayam

Teringat masa muda muda dulu, apabila makanan begini terasa berat untuk dilakukan kerana takut melakukan kesalahan dan tak menjadi pulak! Kini ia menjadi masakan yang mudah kerana memasak nasi begini tak payah menyusahkan dengan juadah yang lain.. Hanya mungkin dengan penambahan salad dan papadom sebagai 'side dish' pun dah cukup.



Sudah banyak kali juga masak briyani dengan cara cara yang berlainan tapi kali ni,  dimasak dengan cara yang lebih mudah! Apabila ianya dimasak secara 'top up' haa haa.. bahasa sekarang! bermula dengan membasuh beras Basmati dan membiarkan selama 10-15 minit dan disukatkan dengan air sebanyak sukatan 1 cawan beras pada 21/2 cawan air dan susu 'full cream' sebanyak 1/2 cawan yang kemudian direbus bersama daun pandan hingga 3/4 masak.

Lauknya pula dimasak berasingan didalam kuali yang lain dengan cara tumisan bawang bersama rempah briyani, ditambahkan dengan tomato dan daun kari, dimask hingga terbit minyak dan dituangkan pada nasi yang 3/4 masak dalam 'rice cooker'  dan dikacau sedikit untuk dimesrakan... dan dibiarkan terus masak dalam cooker. Apabila sudah masak, dengan menggunakan lidi, celupkan pewarna kuning dan cucukan pada nasi untuk menambahkan warna pada nasi..

Hidangan ini adalah untuk 2-3 orang sahaj.

Bahan Bahan untuk nasi:
1 tin beras basmathi (dibasuh dan direndam sebentar selama 10-15 minit) boleh menggunakan sukatan ukuran tangan, sebanyak mana beras sebanyak itu airnya, tapi dikurangkan sedikit untuk memasukkan susu/santan.

2 helai daun pandan

seikit garam.

Masukkan nasi kedalam rice cooker dan biarkan ia 3/4 masak. Sementara itu, haruslan juga memula memasak bahan ayam untuk dituangkan.

Bahan Bahan Perencah Ayam
1.  6 ketul ayam yang telah dipotong
2. 1-2 sudu besar rempah beryani.
3. 1 labu bawang besar (dadu)
4. 2 ulas bawang putih yang ditumbuk dengan 2 hirisan halia
5. 2-3 biji buah pelaga
6. 2-3 bunga cengkih
7. 1-2 bunga lawang
8. 1 inci kayu manis
9. 2 sudu besar minyak sapi.
10. 1 btg daun kari
11. 1 biji tomato (dadu/belah empat)


1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia,  bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan kayu manis, daun kari  hingga terbit bau.

2. Tambahkan sedikit air pada rempah briyani dan masukkan pada tumisan bawang tadi hingga terbit minyak.

3. Masukkan ayam dan renihkan dengan sedikit air.

4. Masukkan tomato, setelah kuah hampir kering dan berminyak, tuangkan pada nasi yang 3/4 masak dan biarkan hingga ia masak sendiri.

5. Ambil lidi dan celupkan pewarna kuning dan cucukkan pada nasi pada beberapa bahagian  nasi untuk mendapatkan warna dan kacau sedikit supaya mesra.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan