Sabtu, September 08, 2012

Soto Ayam


Hmmm.. lama juga tak update blog ni.. kerana asyik masukkan pada blog sebelah.. itupun sejak kebelakangan ini, selepas raya, keletihan juga dibuatnya dan sibuk dengan rumah terbuka dan kenduri sana sini..Selepas merasakan masakan pada jamuan hari raya dengan hidangan soto, maka, teringinlah pula nak membuatnya. Kalau diikut ikutkan masakan soto ni lebih kurang saperti masakan  sup yang dimakan bersama nasi impit, bihun atau mee ditambahkan dengan begedil, kacang tanah (yang digoreng), ayam yang disiat siat isinya,  taugeh, telur rebus dan taburan daun bawang/daun sup. Kalau nak masukkan cili potong pun best juga..


Bagi nasi impitnya pula, hanya gunakan 'instant' nasi impit jenama 'Nona' dimana ia direbuskan hingga padat dan dimasukkan kedalam peti sejuk, dipotong empat segi.  Harus diingatkan merebus ayam dengan rempah rempahnya hingga lembut akan menambahkan lagi rasa kesedapan soto ni.. (Masakan untuk 2-3 orang sahaja)

Bahan Bahan Kisar
2 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
2 biji buah keras
3 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
10 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih

Bahan Bahan lain
1/2 ekor ayam yang direbus bersama 3-4 cawan air

Bahan tumis yang biasa
1 inci kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji buah pelaga dan 2-3 cengkih

Cara membuatnya
1. Panaskan periuk dan tumis bahan tumis biasa.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit bau.
3. Masukkan ayam yang direbus tadi dan biarkan ia renih dan empuk, taburkan sedikit daun sup/bawang.

Hidangkan dengan potongan nasi impit, taugeh yang dicelur, telur rebus, ayam yang disisat dari rebusan tadi, 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan