Rabu, Januari 16, 2013

Sausage/hot dog goreng berlada





Ini merupakan masakan yang apabila malas nak masak tapi kena makan juga kerana mempunyai anak dara yang cerewet dan terpaksa makan, maka simple simple begini makan dengan nasi putih cukup buat dirinya tapi maknya pulak tak berapa berminat sangat tapi makan juga! Kali ni digoreng dengan campuran cayenne peper, lada hitam, serbuk kari dan lada hitam, nak bagi pedas pedas begitu... Chicken frank atau hot dog ni dihiris bulat bulat, kemudian digoreng hingga garing, apabila hampir garing ditaburkan segala macam rempah tadi, nak bagi hot lagi, tambahlah cili boh kalau nak! Masukan pula hirisan bawang besar, tomato dan daun sup, daun bawang.


Bahan bahan
 4-5 sausage ayam/hot dog
 1 sudu kecil cayenne pepper/serbuk cili
 1 sudu kecil serbuk kunyit
 1 sudu kecil serbuk kari
 Garam dan lada hitam sebagai perasa Bahan tambahan
 1 labu bawang besar (hiris)
 1 tomato (belah empat)
 Sedikit hirisan daun bawang/sup
 1. Hiris sausage bulat bulat dan goreng hingga hampir garing.
 2. Taburkan kesemua rempah diatas dan kacau hingga garing.
 3. Masukan bawang besar dan tomato dan goreng selama seminit dua.
 4. Hidangkan dengan hirisan daun sup/bawang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan