Rabu, Januari 23, 2013
Queen Cake
Ini merupakan cake kegemaran saya, sebab ape, sebab senang nak ngap! tak payah potong potong dah... Lagipun acuan yang comel comel tu, cukup untuk satu suap.. Tak tahu kenapa, saya sendiri pun tak tahu, kenapa saya suka makan kek especially butter cake ni. Lagipun bancuhan kek ini selalu saya guna kan kerana senang nak ingat, tak payah susah susah nak tukarkan ke gram ke kilogram dan whatever gram.. jangan gerrramm sudah.. hai macam macam cerita pulak..
Didalam kek yang comel comel ni diletakan ceri bewarna merah dan hijau yang sepatutnya timbul, tak timbul pun tak apa sebab bila dimakan akan terasa gigitan ceri ceri tersebut... Malah kek ini boleh disimpan berhari hari, taklah sampai sebulan yea... nanti berkulat pulak. Apabila diletakan ceri didalam kek ini, yang sedihnya anak perempuan ku memberitahu ia dah berkulat, tapi tidak begitu kerana ceri bewarna hijau itu telah tenggelam kedasar kek.. kasi spoil saje.. tapi makan juga! hmmm ..
Bancuhan kek ini dapat memperolehi sebanyak 18-20 biji kek cawan.
Bahan bahan
250 gm buttercup
4 biji telur bersaiz besar
3/4 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung superfine
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu garam
1. Pukul telur dengan gula hingga putih dan kembang.
2, Masukan telur sebiji sebiji hingga habis, masukan vanilla.
3. Ayakkan tepung, baking powder dan garam dan masukan sedikit sedikit kedalam bancuhan.
4. Sediakan muffin tin dan letakan acuan kertas kedalam acuan dan masukan sesudu besar bancuhan kek dan bakar pada suhu 180 deg. C selama 25=30 minit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan