Khamis, Mac 07, 2013

Gulai Ikan Masin





Hari ni ber-ikan masin lah pulak, Wah.. lama betul tak masak ikan masin, boleh kira setahun jugalah tu! Bukan boleh nak makan selalu pun, faham faham je .. lah akibatnya. Shekali shekali tu orait kut! nak lepaskan kepinginan nya gitu!! Walaupun tak ramai orang dirumah ni, sendiri masak sendiri ngaplah!

Tentang masakan ikan masin ni, banyak orang banyaklah caranya, ada yang tumis darat, ada yang masak dengan nenas saja dan bermacam macam lagi, tapi ini merupakan home recipe saperti memasak gulai biasa saja... ikutlah kemahuan sendiri.. Dalam campuran gulai ikan masin, bagi sesetengah orang memanggilnya masakan 'haram jadah' - wah! takut dengar.. bukan apa, malah berbagai campuran saperti pisang muda, kacang sepat, terung dan mangga juga ada yang membuatnya. Elok dimakan ramai ramai gitu.. berselera sekali kalau kena dengan nasi putih..



Ini merupakan sebahagian bahan bahan yang dicampurkan, kerana itu sajelah yang ada! Antaranya nenas, kacang panjang, ubi keledek bukan carrot yea!, tomato dan cili hijau. Ikan yang digunakan pulak ialah ikan Talang kering. Resipinya saperti dibawah :

Bahan Bahan
1 potong ikan talang yang dihiris satu inci (direndam selama 10-15 minit)
1 cawan nenas (dihiris kecil)
1 cawan ubi keledek (potong ikut suka)
1 biji tomato (dibelah empat)
3 batang kacang panjang (potong 1 inci)
1 kotak santan pekat.
1-2 cawan air
garam jika perlu


Bahan Tumis
1 biji bawang besar (didadu/hiris)
1 sudu besar pes halia dan bawang putih (1/2 cm halia 2-3 biji bawang putih - tumbuk)
1 batang daun kari
2-3 sudu besar rempah ikan (Babas)
minyak untuk menumis

1. Panaskan periuk dengan 3-4 sudu besar minyak dan tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga terbit bau.
2. Masukan rempah ikan yang digaulkan dengan sedikit air dan kacau hingga pecah minyak.
4. Masukan santan kotak bersama air - agak agak kepekatan kuah tersebut.
5. Masukan keledek dahulu (kerana ia mengambil masa yang lama untuk masak).
6. Apabila keledek hampir lembut masukan kacang panjang, ikan dan renihkan bersama tomato dan nenas. Masak hingga kuah hampir pekat sedikit dan masukan daun kari dan cili hijau.

** Rasa masin bergantung pada ikan, jika perlu boleh ditambah garam.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan