Ahad, Mac 10, 2013

Cucur Keledek



Salam semua, hari ni memulakan hari dengan keledek... Pening juga nak menghabiskan keledek yang dibeli En. Hubby tu.. kerana kuantitiya selalu tidak setimpal dengan kuasa makan dirumah ni.. Nak masak pun kena ikut mood juga..

Perancangan dipagi hari adalah,  Hmmmm.. buat cucur keria saja.. memandangkan asyik makan manis manis je hmm boring juga.. Setelah merebus keledek tu, tiba tiba dapat idea.. buat something lain lah pulak, something savoury.. so setelah dilenyek keledek tu, di hirislah bawang, cili, daun bawang dan dicampurkan bersama.  Sodap juga kalau di cicahkan dengan sos tomato dan dimakan panas panas!




Ini merupakan bahan campuran keledek yang telah direbus, lenyek dan ditambahkan dengan bawang, hirisan daun bawang dan cili. Kemudian ianya dicampurkan dengan tepung gandum dan tepung beras  sedikit baking powder dan serbuk perasa Knorr (ayam). Bahan bahan pula digaul hingga tidak melekat, menyerupai doh untuk cucur keria. Ia kemudian dibentuk saperti bola sebelum digoreng hingga kuning dan garing.

 Bahan Bahan
4 biji keledek (jenis kecil)yang bewarna kuning (direbus hingga lembut dan dilecek)
1 ulas bawang besar (dadu)
1 cili merah (hiris)
1 batang daun bawang (hiris)
1 cawan tepung gandum
2-3 sudu tepung beras
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk perasa Knorr (ayam)
sedikit garam.

1. Satu semua bahan - keledek, bawang, daun bawang, cili serbuk perasa dan campurkan tepung gandum, tepung ubi, baking powder, serbuk perasa dan sedikit garam.

2. Uli bahan bahan tadi hingga menjadi doh yang lembut dan bulat bulatkan sebesar ibu jari.

3. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan