Khamis, Mac 21, 2013

Jejari Jagung


Salam semua, apa kata kita buat jejari jagung atau cucur jagung yang sedap dicicah dengan cili/tomato sos.. boleh terangkat juga kalau sambil sambil buat kerja sambil ngap.. 

Cucur ni saja digoreng memanjang dengan menggunakan sebahagian dari sudu kemudian dimasukan kedalam kuali yang panas dan digoreng hingga rangup.

Bahan bahan yang terdapat dalam cucur ini, adalah jagung paket yang siap dijual tanpa batangnya, lobak merah, bawang besar, daun bawang yang dibancuh bersama tepung gandum, untuk mendapatkan rasa kerangupan cucur haruslah campuran tepung gandum, dikurangkan supaya timbul tekstur jagung dan bahan lain, barulah rasanya sedap.  So, kita kena pandai pandai lah adjust campuran bahan bahan supaya mendapat adunan yang terbaik.



Bahan Bahan
2 cawan jagung 
1 cawan tepung gandum
1/2 batang lobak merah (dihiris memanjang)
1 batang daun bawang (dihiris kecil)
1 labu bawang besar (dadu)

Bahan perasa - sedikit garam, lada hitam, serbuk ayam knorr (boleh dicampurkan cili serbuk jika hendak pedas)

1. Satukan semua bahan dan campurkan air dan bahan perasa.
2. Campuran haruslah pekat dan padat.
3. Panaskan minyak untuk (deep fry), sendukan dengan sudu besar adunan cucur tadi dan masukan secara memanjang menyerupai jejari. Goreng hingga garing dan rangup. Angkat dan toskan dengan kertas dapur.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan