Rabu, Mac 20, 2013

Puff Ayam





 Salam semua, berpagian dengan Puff Ayam kerana keinginan selera untuk makan sesuatu yang pedas pada hari ini. Memandangkan masih ada stok pastry jenama kawan didalam peti sejuk, jadi hanya perlu untuk membuatkan inti nya sahaja. Initi pulak dari ayam kisar yang ditumis bersama rempah kari, dimasukan pulak lobak merah dan daun ketumbar.. simple je..

Selalunya, menggunakan pastri yang tersedia begini, kita hanya perlu memasukan inti dan melipatnya, tetapi kerana nampak begitu besar, pastri ini telah dipotongkan dua atau setengah sebelum memasukan intinya jadi comel lah dia macam tuan nya... nak angkat bakul sat!  Lepas disapukan dengan telur yang dipukul, kita hanya perlu membakarnya selama 25 minit sebelum menikmatinya.

Bahan Bahan Inti
1/2 paket ayam kisar (jenama Ramli)
1 biji bawang besar (dadu)
1/2 batang lobak merah (dadu)
1/2 camca kecil halia (ditumbuk bersama bawang putih)
1-2 bawang putih
Sedikit daun kari
sedikit hirisan daun ketumbar
1 sudu besar serbuk kari (Ayam)
1-2 rempah serangkai - bunga lawang, buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih.
1-2 cawan air
2-3 sudu minyak
Sedikit lada hitam, garam

Bahan Pastry Jenama Kawan -dinyah bekukan.
1 biji telur (dipukul)

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, daun kari, halia, rempah serangkai, daun kari hingga terbit bau.
2. Masukan ayam kisar dan kacau hingga menjadi putih.
3. Masukan air dan renihkan hingga ayam menjadi empuk sambil memasukan lobak merah. Masukan garam dan bahan perasa
4. Apabila hampir kering masukan hirisan daun ketumbar dan kacau. Biarkan sejuk sebentar.
5. Keluarkan pastri dan potong kepada 2 bahangian. Letakan inti, lipat dua dan gunakan garpu untuk menekan pada hujung pastri.
6. Letakan pada dulang pembakar dan bakar pada suhu 180-190 D. C selama 25-30 minit.


** Sementara menyediakan intinya, panaskan oven selama 10-15 minit sebelum membakar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan