Rabu, April 03, 2013

Apam Beras



Salam semua,  hari ni percobaaaaan membuat apam dari adunan tosai!  Dik kerana asal usul apam pun dari India dan adunan apam pun lebih kurang begitu, hanya apam kukus ni ditambahkan lagi dengan sedikit pewarna yang disukai, tak kiralah warna hijau, merah, biru, pink corow (colour)... ke, ikut sukalah.  Yang bestnya, saya menggunakan logik sendiri dalam menghasilkan apam ini. 

Bermula dengan adunan tosai iaitu sebanyak 1 cawan beras, 1/2 cawan urad dhall dan sedikit halba yang direndam dan dikisar bersama segengam/1/2 cawan nasi, adunan ini diolah dengan penambahan pewarna merah, eno, dan yeast.


Setelah adunan tosai diasingkan, Sebahagian dibuat apam ini, jadi dalam satu masa boleh juga mendapat dua resipi sekali.

Adunan boleh dibahagi dua satelah process merendam dan mengisar beras dilakukan semalaman atau di biarkan untuk fermentasi selama 8-9 jam.

Process merendam beras bersama urad dhall atau dhall yang bewarna putih, yang selalu digunakan untuk membuat tosai, utappam, apam, apam lenggang, dan masala vadai, harus mengambil masa yang lama sebelum dikisarkan untuk mendapat tekturs yang gebu dan lembut.

Jadi kalau nak makan eloklah disediakan seawal pagi atau malam untuk menentukan bilakah masa yang kita ingin idamkan....

Untuk membuat apam ini, apabila diasingkan sebahagain adunan, dengan 1 sudu kecil bancuhkan yeast segera bersama air suam dan sedikit gula, kemudian tuangkan yeast kedalam adunan dan masukan juga 1 sudu besar eno dan pewarna dan kacau hingga sebati. Mengukus tidak mengambil masa yang lama, hanya perlu lebih kurang 15-20 minit dengan menggunakan pengukus (yang baru Ceq beli :)) dibawah ataupun boleh menggunakan pengukus biasa. 
Untuk mendapatkan apam yang benar lembut, haruslah diingatkan bahawa tekstur adunan hendaklah seakan berbuih dan fluffy gitu. 



 Bahan bahan (untuk membuat tosai/apam)
1 cawan beras
1/2 cawan urad dhall
1 sudu kecil halba
1/2 cawan nasi (semalam)
1-2 cawan air (anggarkan supaya tidak terlalu nipis/pekat)
sedikit garam

Tambhan untuk Apam :  1 sudu kecil yeast segera bersama gula dan air suam, biarkan sebentar.
Pewarna merah,  1 sudu  kecil  Eno, gula, sedikit garam dan kelapa parut.

1. Basuh beras dahulu dan rendamkan bersam urad dhall dan halba selama 8-9 jam (semalaman).
2. Masukan beras/dhall/halba (yang telah direndam) kedalam pengisar dengan nasi dan kisar sehingga adunan sebati. Asingkan - jika perlu untuk membuat tosai/apam atau boleh membuat semua sekali jika perlukan apam yang banyak (terpulang).
3. Bancuhkan yeast segera dengan air suam, sedikit gula (biarkan seketika), Masukan kedalam adunan apam, bersama dengan eno, gula dan sedikit garam. Masukkan sedikit pewarna (ikut suka) dan kacau hingga sebati.
4. Masakan air kukusan dan sediakan acuan kedalam loyang/pengukus dan tuang adunan kedalam acuan dan kukus selama 15-20 minit.
5. Hidangkan bersama kelapa parut yang dicampurkan dengan sedikit garam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan