Jumaat, April 05, 2013

Tosai


Salam semua, hari ni baru senang nak update resipi tosai yang dibuat hari tu dengan satu adunan yang menghasilkan dua resipi tu, ingatkan!

Tosai memang satu makanan yang baik untuk kesihatan.. dan menjadi kegemaran saya sekali sekala.

Memakannya pulak kena dengan kuah kari ikan yang kaw kaw... wah! it makes my morning!! Jadi kalau ada kari yang berlebihan dari semalam boleh lah panaskan saja kuali leper dan keluarkan adunan tosai yang boleh disimpan didalam peti sejuk untuk beberapa hari dan terus sediakan.. tak payah fikir nak breakfast apa, keesokan harinya. 


Membuat tosai atau apam, haruslah kita menjaga kualiti batter atau adunan untuk mendapat tekstur tosai atau apam yang ideal. Saya percayakan, kalau nak mencuba sesuatu masakan pula memerlukan trial and error baru kita belajar memahami kaedah dan cara... So experience play an important part jugalah sebagai cook!



Saperti apam, beginilah tekstur yang harus diperhatikan sewaktu membuat apam atau tosai, ia harus lembut, berbuih dan 'foamy' dan menggunakan senduk yang sesuai besarnya adalah penting untuk mendapat tosai yang bulat.  Memasak tosai, haruslah dengan api yang sederhana dan dibiarkan masak sendiri, samaada hendak mentupnya, terpulanglah.. Apabila masak, tekstur tosai dengan sendiri akan lekang dari kuali leper dan kita hanya perlu menggunaka senduk leper untuk melipatkannya.kalau nak sedapkan lagi, masukan 1 sudu kecil minyak sapi.

Untuk adunannya, diulangkan sekali lagi bahan bahan nya.

Bahan Bahan
1 Cawan beras
1/2 cawan Urad Dal
1 sudu kecil halba
1/2 cawan nasi semalam
sedikit garam

1. Basuh beras dan rendam bersama urad dall dan halba selama 8 jam.
2. Masukan kedalam blender, bersama secawan air (boleh agak kepekatanya) dan kisar hingga halus bersama 1/2 cawan nasi. Kacau  sebentar, masukan sedikit garam dan biarkan seketika hingga adunan berbuih sebelum memasak.
3. Panaskan kuali leper diatas api yang sederhana dan sapukan dengan sedikit minyak dengan menggunakan kertas dapur. (kuali haruslah panas)
4. Cedok adunan tosai dengan menggunakan senduk dan tuangkan adunan keatas kuali leper, gunakan senduk yang sama dan pusingkan senduk dengan beberapa pusingan (atas adunan) supaya mendapat menjadi lebih besar dan bulat serta nipis (kalau hendak garing) dan biarkan hingga tepi tepi batter tidak melekat pada kuali dan lipatkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan