Selasa, April 23, 2013

Bingka Pandan

Salam semua, pagi ni teringin pula nak makan sesuatu manisan, tahlah kadang kadang ada idea nak mencoba yang lain dan tak salahkan kita mengulangi lagi resipi resipi kegemaran kita.  Memandangkan ada dua paket kelapa didalam peti sejuk tu, makanya, blender je lah untuk mendapatkan santan.  Selepas itu diikuti pula dengan daun pandan... so pagi ni terus mengejutkan mereka mereka yang belum bangun tu dengan bunyi blender didapur... rajin kan.. kan.. kan..



Menjadi kaum hawa ni, ada saja yang nak difikirkan setiap hari, juadah apa yang harus disediakan.. kalau dah malas, minum Nescafe bersama roti empat segi pun cukup bagi diri ini... 

So berbalik pula pada bingka pandan ini, memang senang membuatnya hanya perlu kisar/blenderkan semua bahan bahan satu persatu, bermula dengan santan kelapa, daun pandan untuk mendapatkan airnya, diikuti dengan telur dan gula kemudian dimasukan tepung saja.  Sebelum memasukan kedalam oven. Elok dipanaskan acuan diatas api dengan sedikit minyak/minyak sapi kemudian dituangkan adunan apabila minyak sudah panas, lagi satu cara boleh juga memasukan acuan yang disapukan minyak. dipanaskan didalam oven/ketuhar, sebelum menuangkan adunan dan membakarnya semula.



Bahan Bahan
__________________________

500 ml santan kelapa
1/2 cawan pati daun pandan (8 helai daun pandan)
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam

1. Kisarkan gula bersama telur hingga kembang.

2. Masukan santan dan pati daun pandan (8 helai daun pandan dikisar bersama sedikit air)

3. Masukan secubit garam.

4. Masukan tepung gandum dan kisar hingga sebati.

5. Sediakan acuan dengan sapuan minyak dan panaskan diatas api atau masukan kedalam oven yang telah dipanaskan selma 10-15 minit.

6. Keluarkan acuan dan tuangkan adunan kedalam acuan.

7. Bakar pada suhu 180 darjah C hingga kekuningan selama 30 minit.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan