Khamis, April 18, 2013

Muffin Blueberry



Salam semua, nak mencuba membuat muffin yang mudah dan gebu?  Ini merupakan resepi cobaan.. tidak sama sikit dengan adunan pada Ourlittlekitchen tu, tak payah gunakan susu... dan sangat ringkas penyediaannya.  So, kalau pagi pagi nak buat dalam masa 40-45 minit dah siap muffin ni... tapi haruslah sediakan bahan utama untuk muffin ni iaitu blueberry saja yang lain lain mungkin sudah ada stok simpanan dirumah.


Untuk membuat muffin ni, selain menggunakan butter, boleh juga digunakan minyak sayuran sebagai pengganti (samada Canola atau minyak jagung) Tapi hari ni saya menggunakan setengah cawan butter yang dicairkan didalam microwave saja.. jadi penyediaan memang mudah. Hanya dua bekas diperlukan untuk mengasingkan penyediaan bahan bahan muffin ni.  Satu bahan basah dan satu lagi bahan kering yang kemudian dicampurkan untuk menjadikan batter muffin.  Untuk resipi ini ianya saperti dibawah:



Bahan Bahan Basah
1/2 cawan mentega (Buttercup) - dicairkan didalam Microwave pada suhu tinggi selama 5-10 minit.
2 biji telur (grade A - besar)
1 camca kecil vanilla
1/2 cawan gula
Sedikit garam.

Bahan Bahan kering
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca kecil serbuk peniak/baking powder
1 camca kecil sodium bicarbonate
1 camca kecil cream of tartar

1 cawan buah blueberry

1. Panaskan ketuhar pada mode convection dan sediakan tin muffin yang disapukan dengan butter.
2. Satukan bahan basah dan pukul seketika hingga kembang.
3. Ayakkan bahan bahan kering dan satukan pada bahan bahan basah. Kacau supaya ia menjadi saperti adunan kek, dan masukan sebahagian buah blueberry  kedalam adunan dan setengah lagi ditaburkan diatas.
4. Masukan adunan dengan sudu besar kedalam tin muffin dan bakar pada suhu 180 Darjah C selama 25 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan