Isnin, April 08, 2013

Udang Goreng bersama Kentang

Salam semua,  kali ini, merupakan resipi udang yang digoreng berempah bersama ubi kentang yang dipotong dadu.  Cara masakan bergini biasa bagi kaum India memasaknya.  Selalunya, ubi kentang digoreng berempah tetapi dik ramai orang dirumah, almaklumlah udang yang selalu menjadi pilihan akan habis begitu sahaja dengan sekelip mata... Ini biasakan bagi penggemar penggemar udang.. so kalau diberi tambahan pada resipi begini boleh meningkatkan quantity lauk sebegini.


Mudah je, nak membuat resipi ini, pertama sekali, udang dibersihkan kulit dan urat uratnya, kemudian diperap bersama kunyit serbuk, cili serbuk, lada hitam, perasa Magie dan sedikit garam.  Manakala ubi kentang di potong dadu. Kemudian ianya, di perap bersama serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, biji sawi, garam dan halba.

Terlebih dahulu udang digoreng dahulu selama 5-8 minit, diangkat dan diletakkan sebelah.  Menggunakan kuali yang sama, tambahkan sedikit minyak dan goreng pula ubi kentang yang telah diperap tadi, ditambahkan air untuk melembutkan ubi kentang.

Setelah ubi kentang hampir lembut, udang yang telah digoreng disatukan bersama kentang untuk digaulkan bersama didalam kuali, sedikit daun parsley dimasukan, dikacau dan terus diangkat. 



Bahan Bahan Untuk Udang
1 cawan udang yang sederharan besarnya (dibuang kulit dan urat)
1-2 sudu kecil serbuk kunyit
1-2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu serbuk lada hitam
sediki peras maggie
sedikit garam

Perapkan udang bersama bahan bahan diatas dan ketepikan

Bahan Bahan untuk Kentang
4-5 biji Ubi kentang (dipotong dadu)
1-2 sudu besar serbuk kunyit
1-2 sudu besar serbuk cili/paprika
1-2 sudu kecil biji sawi
1-2 sudu halba
1-2 batang daun kari
sedikit garam

Perapkan kentang dengan bahan bahan diatas dan ketepikan.

Bahan bahan tambahan - Minyak untuk menggoreng, sedikit daun parsley/sup/bawang

1. Panaskan kuali dengan 1/2 cawan minyak masak dan goreng udang selama 5-8 minit dan toskan.
2. Tambahkan sedikit minyak dan goreng ubi kentang untuk seketika.
3. Masukan 1-2 cawan air untuk melembutkan ubi kentang. Tutup dan renih/kacau seketika.
4. Apabila ubi menjadi lembut masukan udang yang telah digoreng untuk dicampurkan bersama.
5. Taburkan daun parsley/sup/daun bawang (jika suka) sebelum menutup api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan